Rakyat Malaysia "POKAI". 7/10 Rakyat Malaysia Simpanan Kurang RM500
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Rakyat Malaysia "POKAI". 7/10 Rakyat Malaysia Simpanan Kurang RM500

post by MJ

by MJ

Dec 11, 2022
at 10:10 AM

Rakyat Malaysia "POKAI". 7/10 Rakyat Malaysia Simpanan Kurang RM500

Baru-baru ni tular seramai 7 daripada 10 rakyat Malaysia  menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung. Melalui kajian yang dilakukan oleh “Ringgit Plus”, mendapati bahawa rakyat Malaysia berada dalam kedudukan terburuk dalam tempoh 5 tahun ini disebabkan Simpanan Berkurangan dan juga Isu Aliran Tunai. 70% Responden menyatakan mereka menyimpan kurang dari RM500 sebulan ataupun langsung tidak mampu menyimpan.

Individu yang mampu menyimpan lebih RM1,500 pada tahun 2022 hanyalah 5% berbanding 20% pada tahun 2020.

Mana kala individu yang mampu bertahan dengan simpanan kurang dari 3 bulan pula ialah 53% berbanding pada tahun 2021 ialah 52%

Individu yang bergantung pada gaji ke gaji ialah 55%, berbanding tahun 2021 44%. Individu ini adalah individu yang sukar buat simpanan kerana duit sentiasa habis tepat pada waktunya.

Jika dilihat melalui kad kredit, hanya 55% sahaja mampu membayar penuh hutang mereka. Berbanding pada tahun 2021, ada 70% rakyat Malaysia mampu bayar hutang kad kredit.
 

Sedikit ringkasan di dalam poster oleh “Ringgitplus” ini untuk maklumat lanjut korang.