Baru Memulakan Pekerjaan, Ini 3 Perkara Utama Yang Anda Perlu Fikirkan
# Pengetahuan Pekerja

Baru Memulakan Pekerjaan, Ini 3 Perkara Utama Yang Anda Perlu Fikirkan

post by null

by Admin

May 9, 2016
at 8:59 AM

Zaman sekarang kita terlalu banyak mendengar mengenai graduan lepasan university yang menganggur. Kenapa? Ianya kerana kebanyakan daripada mereka terlalu terikut-ikut “mindset” iaitu perlu mendapat kerja yang selaras dengan apa yang mereka pelajari di alam universiti.

Selain itu , faktor cita-cita juga adalah satu punca kebanyakan belia di Malaysia tidak menerima sebarang pekerjaan walaupun telah bergaduasi lebih daripada 3 tahun. Ramai daripada belia dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk mengejar cita-cita yang mereka impikan.

Berikut kami kongsikan kepada anda tips-tips untuk memulakan kerja, ini perkara utama yang anda perlu fikirkan.

1. Jangan Terlalu Memilih Pekerjaan

Pada zaman ini, graduan muda seringkali menginginkan pekerjaan yang berprofil tinggi. Mereka merasakan pekerja yang bekerja dalam sector seperti “customer service” adalah pekerjaan yang tidak sesuai untuk lepasan ijazah

Sebenarnya pemikiran seperti inilah perlu dielakkan. Mengapa? Kerana kebanyakan daripada belia tidak tahu bahawa pekerjaan sebagai customer service juga mampu meraih pendapatan sehingga RM4000- RM5000 sebulan. Inilah mindset yang perlu diubah oleh masyarakat kita, sepatutnya kita menerima dahulu apa-apa pekerjaan dan menganggapnya sebagai satu pengalaman berguna.

2. Cari Pengalaman

Apa yang penting pada zaman ini adalah pengalaman. Para “pemburu pekerjaan” seharusnya mendapatkan pengalaman terlebih dahulu tidak kiralah daripada mana-mana syarikat sekalipun. Hal ini kerana ia amat bernilai dalam sektor pekerjaan. Jadi apabila adanya pengalaman, peluang untuk pergi jauh dalam sesuatu bidang yang diceburi  terbuka luas.

3. Dan Modal 

Ini adalah perkara yang paling penting dan perlu diutamakan pada masa sekarang. Apa-apapun pekerjaan, apabila tamat pengajian seseorang itu perlulah terlebih dahulu mempunyai kewangan yang kukuh. Walaupun sesuatu kerja itu tidaklah seperti kita harapkan tetapi jika syarikat itu mampu memberikan pendapatan yang baik untuk kita, ambil peluang itu untuk memulakan hidup  daripada duduk sahaja tanpa sebarang pendapatan! Tiada pendapatan nak makan apa?

Jadi, ketepikan segala kerja impian korang, sabar dulu cari pengalaman, peluang anda pasti ada! Selamat berjaya!