#HariJururawatSedunia : 4 Pengorbanan Nurse Lakukan Yang Ramai orang Tak Faham
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

#HariJururawatSedunia : 4 Pengorbanan Nurse Lakukan Yang Ramai orang Tak Faham

post by null

by Admin

May 12, 2016
at 6:57 AM

Kerja sebagai seorang jururawat bukanlah sesuatu perkara yang mudah, dari mata kasar kita dapat lihat mereka tersenyum lebar dan komited menjaga para pesakit namun disebaliknya mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Kerap kali ditengking, dimaki dan dimarahi pesakit mereka tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh sabar bahkan ada sesetengah pihak suka memperlekehkan tugas mereka.

Sempena hari jururawat sedunia, kami ingin kongsikan kepada anda semua cabaran-cabaran  yang diharungi oleh para jururawat ini agar anda dapat fahami sendiri perngorbanan mereka dan sebagai tanda terima kasih daripada kami kerana telah melaksanakan tugas dengan baik. Selamat hari jururawat!

1. Terpaksa Bekerja Lebih Masa

(Sekadar Gambar Hiasan)

 

Tugas kerja sebagai sorang jururawat ada lah sesuatu kerja yang membosankan dan memerlukan kekuatan individu untuk sentiasa bersikap berlemah lembut dengan pesakit.Ia amat meletihkan dan perlu mengendalikan tugasan yang banyak untuk di selesaikan dalam masa yang singkat. Dari segi ubat-ubatan, menilai pesakit, kertas kerja dan merawat pesakit dengan teratur. 

2. Bersabar Dengan Karenah Pesakit

(Sekadar Gambar Hiasan)

Mereka perlu menggalas satu tanggungjawab besar dimana nyawa pesakit berada di tangan mereka. Itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah, namun masih ada yang bekata bahawa jururawat ini tidak melakukan tugas dengan baik. Mereka tidak fokuskan pada hanya satu pesakit sahaja tapi banyak bahkan ada yang sampai tak cukup tangan untuk manjaga kebajikan semua pesakitnya.

3. Menjaga  Hubungan Baik Dengan Pesakit

(Sekadar Gambar Hiasan)

Jururawat akan memberikan layanan yang terbaik kepada pesakit, mereka akan menganggap bahawa pesakit tersebut merupakan ahli keluarga mereka. Segala keperluan dan kehendak pesakit perlu di turutkan, apabila sesuatu berlaku kepada pesakit (sakit kronik atau meninggal dunia). Mereka juga turut merasai kesedihan dan keperitan yang dialami oleh 'keluarganya'.

Namun ada juga sesetengah pihak menyalahkan mereka kerana tidak melakukan tugas dengan baik dan menganggap bahawa kelalian mereka adalah punca kematian.

4. Sering Dimaki Pelawat

(Sekadar gambar Hiasan)

Seperti yang kami katakan tadi, mereka tidak memfokuskan kepada satu pesakit sahaja tetapi ramai, mungkin ada beberapa perkara yang terlepas pandang rentetan dengan komitmen dan tugasan lain perlu diselesaikan, mereka selalu menajdi bahan hinaan dan kutukan pelawat bahkan seringkali disalahkan walaupun ianya diluar bidang kuasanya. Kadang-kadang sehingga menjejas prestasi kerja dan sumber pencarian rezeki akibat rungutan pelawat kepada pihak atasan.