Doktor Dedah 4 Trick Dapatkan MC
# Pengetahuan Pekerja

Doktor Dedah 4 Trick Dapatkan MC

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 29, 2024
at 3:01 PM

Seperti artikel sebelum ini, MC atau dikenali sebagai Medical Sickness Certificate adalah antara cuti wajib diberikan oleh majikan, tertakluk kepada Akta Kerja 1955. 

Kalau tak dapat cuti ni, boleh minta dekat HR awak. Jangan tak percaya, ada dalam kalangan kita merupakan “MC Seeker”. “MC Seeker”  merujuk kepada mereka yang suka menyalah gunakan MC sebagai tiket untuk mereka bercuti atau mengambil cuti secara tiba-tiba. Sehinggakan apabila sepatutnya MC itu digunakan, ianya menjadi satu spekulasi pula bagi pihak majikan. 

Maksud MC

Untuk pengetahuan korang, MC sepatutnya digunakan pada masa-masa jika seseorang mengalami masalah kesihatan yang membuatkan mereka tidak mampu untuk melakukan tugas atau hadir ke pejabat. Contohnya:

Bagi doktor ini, “MC Seeker” selalunya apabila seorang yang setelah diperiksa dan didapati kesihatannya memuaskan dan layak untuk ke tempat kerja, tetapi masih mahukan MC.

Ada juga situasi “MC Seeker” terus mengamuk apabila doktor tidak dapat memberi MC diatas sebab keputusan pemeriksaan adalah memuaskan.

maksud mc

Medical Certificate (MC) ialah sijil perubatan rasmi yang dikeluarkan oleh doktor atau pengamal perubatan berdaftar. Ia mengesahkan bahawa seseorang pekerja tidak mampu hadir bekerja kerana masalah kesihatan. Dalam konteks undang-undang pekerja di Malaysia, MC memainkan peranan penting untuk melindungi pekerja daripada tindakan disiplin apabila mereka terpaksa mengambil cuti sakit.

MC bukan sekadar kertas tapi ia adalah bukti sah yang menunjukkan awak benar-benar memerlukan rehat untuk kesihatan fizikal atau mental.

Alasan MC: Pendedahan Doktor mengenai Trick oleh “MC Seeker”

1. Tidak Mahu “Prodesur”

Selalunya “MC Seeker” ini, bila datang dengan hajat tersendiri, automatik dia beranggapan nak settle cepat-cepat. Orang ini akan menolak prosedur yang disarankan dengan pelbagai alasan.
Contohnya: 

  • Doktor, saya datang ini sebab batuk kuat, sampai berdarah dan berkahak!”
  • “Kalau macamtu saya minta untuk ambil sampel darah, sampel kahak dan melakukan x-ray.”
  • “Eh takpelah doktor, saya datang nak ambil ubat je. Oh ye, MC jugak ye doktor.”

2. Bawak Bodyguard

Fuhh..yang jenis ini sedikit mencabar. Kebanyakan kes nak MC, selalunya datang sorangkan. Sebab dia tahu kat luar klinik, dia sihat je. Segan nak berlakon depan doktor. Tapi bagi jenis ini, biasanya jenis berpakat dengan membawa teman takkisahlah girlfriend/boyfriend, mak atau kawan. Bila kita (doktor) kata “sakit encik/puan tak perlukan MC” yang jadi bodyguard ni akan tiba-tiba berubah menjadi lawyer pesakit.

  • "Punya tak larat dia kat umah, doktor kata tak boleh MC?”
  • “Habis macam mana dia nak pergi kerja?”
  • “Bulan lepas saya bawak anak saya seorang lagi, boleh je dapat MC?”

3. “Boss suruh mintak”

Orang seperti ini selalu meletakkan doktor dalam situasi serba salah.

  • “Tapi saya memang tak datang kerja hari ini. Bila bagitahu supervisor, dia suruh mintak MC!”

Selalunya saya (doktor) malas nak bertekak dengan pesakit dan jawab dengan jujur sahaja - “Kalau begitu, mintalah MC dengan supervisor awak.”

Kita kena faham, dalam mana-mana perkhidmatan awam atau swasta, soal cuti adalah antara majikan dan pekerja dan TIDAK melibatkan doktor. Korang sepatutnya mendapatkan pengesahan doktor (MC) dahulu, kemudian barulah berbincang dengan majikan. Ini kerana, hak member cuti terletak kepada majikan.

sijil cuti sakit

Kalau doktor mengesahkan korang sihat, tetapi korang sudah “bercuti” pada hari tersebut, korang kenalah bincang dengan majikan. Doktor hanya boleh berikan time slip. MC bukanlah cuti semata. Cuti rehat, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod pun ada. Kalau korang datang klilnik pada malam hari, minta MC tapi doktor takbagi, terpaksalah tukar cuti korang menjadi cuti tanpa rekod/gaji. Korang takboleh nak desak doktor bagi MC juga atas alasan “taknak cuti kena potong”.

Satu lagi korang kena ingat, doktor beri MC atas faktor kesihatan pesakit. Bukannya faktor berapa baki cuti rehat korang.

Memang sesetengah klinik dilengkapi sistem CCTV yang mana doktor didalamnya boleh melihat gerak geri pesakit di ruangan menunggu melalui komputer.

Pesakit jenis ini seringkali menggayakan aksi berlebihan. Contohnya di ruangan menunggu rileks sahaja sambil melihat telefon dan berbual. Apabila masuk ke bilik doktor, batuknya mengalahkan orang asma. Gaya berjalan serta-merta menjadi tidak normal, tangan yang tadi mesra bermain telefon beralih memegang perut atau kepala menunjukkan sedang kesakitan.

Kadang-kadang doktor tidak tengok pun, tetapi jururawat akan mengadu. “Kesian doktor, macamtu je kena tipu” luah doktor itu lagi.

Perkongsian sebegini hanya sekadar pengetahuan am sahaja. Bagi mereka yang betul-betul tidak sihat, doktor tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan MC. Bahkan doktor sendiri yang akan keluarkan MC apabila mendapati kesihatan pesakit akan terjejas jika terus bekerja.

Trick Dapatkan MC Secara Beretika!

Berikut adalah beberapa cara untuk dapatkan MC, tapi pastikan niat awak betul:

1. Pergi Klinik Bila Rasa Tak Sihat

Kadang-kadang awak rasa demam biasa je, tapi bila periksa doktor, rupa-rupanya tekanan darah tinggi. Jangan tunggu lama, terus jumpa doktor supaya awak dapat rawatan awal. Doktor biasanya akan beri MC kalau keadaan awak memerlukan rehat.

2. Terangkan Simptom Secara Jelas

Masa jumpa doktor, pastikan awak terangkan simptom dengan tepat seperti:

  • “Saya sakit kepala sejak dua hari lepas.”
  • “Saya rasa letih sangat walaupun tidur cukup.” Dengan penjelasan jelas, doktor boleh buat diagnosis yang betul dan tentukan sama ada awak perlukan MC atau tidak.

3. Pilih Doktor yang Sesuai

Kalau awak ada masalah kesihatan tertentu, lebih baik jumpa doktor pakar. 25 jenis doktor pakar di Malaysia boleh bantu awak dapatkan rawatan yang lebih spesifik.

4. Jangan Buat Cerita Palsu

Awak mungkin tergoda nak “create story” untuk dapatkan MC, tapi ingat, doktor ada latihan dan pengalaman bertahun-tahun. Mereka boleh tahu kalau awak menipu. Jadi, jujur je, ya!

Apa Yang Perlu Awak Tahu Tentang Penyalahgunaan MC

Gunakan MC secara bertanggungjawab. Kalau awak ambil MC tanpa sebab munasabah, ia boleh menjejaskan reputasi awak di tempat kerja. Lagi teruk, ada syarikat yang akan ambil tindakan disiplin. Kalau awak betul-betul perlukan cuti atas sebab peribadi, cuba mohon cuti ehsan, yang lebih sesuai untuk keadaan tersebut.

Hak Pekerja Bila Sakit

Awak tahu tak, kalau awak sakit akibat kemalangan tempat kerja, awak boleh claim SOCSO? Ini adalah sebahagian daripada perlindungan pekerja yang disediakan di Malaysia. Jadi, jangan segan untuk gunakan hak awak.

Alasan MC Yang Kukuh

MC Yang Diterima Majikan

Majikan biasanya mengiktiraf MC dengan syarat alasan MC adalah sah dan munasabah. Berikut ialah beberapa alasan biasa yang diterima:

1. Demam atau Influenza
Jika awak mengalami demam panas atau selesema teruk yang menjejaskan kemampuan bekerja.

2. Cedera Ringan atau Sakit Fizikal
Contohnya, terseliuh, sakit belakang, atau cedera ringan akibat kemalangan kecil.

3. Jangkitan Berjangkit
Penyakit seperti chickenpox, konjunktivitis (sakit mata), atau hand, foot, and mouth disease (HFMD) sering memerlukan rehat di rumah bagi mengelakkan penyebaran kepada rakan sekerja.

4. Keletihan atau Masalah Mental
Dalam dunia pekerjaan yang serba pantas, keletihan melampau atau masalah seperti burnout juga boleh menjadi sebab untuk MC, terutama jika ia menjejaskan kesihatan mental awak.

5. Sakit Perut atau Masalah Pencernaan
Keracunan makanan atau gastrik yang teruk mungkin memerlukan MC kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius.

Sakit yang Boleh MC 2 Hari atau Lebih

Tidak semua masalah kesihatan memerlukan rehat yang panjang. Namun, ada beberapa jenis sakit yang lazimnya menyebabkan doktor memberikan MC selama dua hari atau lebih:

1. Demam Denggi Ringan
Meskipun tidak kritikal, pesakit memerlukan masa untuk mengembalikan tenaga.

2. Jangkitan Saluran Pernafasan
Batuk dan selsema yang berlarutan sering diberi MC selama 2 hari untuk memastikan pesakit benar-benar pulih.

3. Migrain yang Teruk
Serangan migrain boleh menjejaskan produktiviti kerja, terutama jika melibatkan sakit kepala berterusan.

4. Masalah Gastrik Serius
Gastrik yang menyebabkan muntah-muntah atau ketidakselesaan berpanjangan biasanya memerlukan waktu pemulihan yang lebih lama.

5. Kesan Sampingan Rawatan atau Ubat
Sesetengah ubat atau prosedur perubatan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mengantuk, pening, atau ketidakupayaan untuk bergerak aktif.

Jika korang selalu MC jer kat tempat kerja tu mungkin korang boleh cuba cari kerja baru. Korang tahu tak sekarang ni Kerja Boleh Cari Kita. Korang hanya perlu Drop Resume disini. Bayangkan satu resume dihantar ke beribu majikan yang berminat. So jom Drop Resume Disini


Korang juga perlu ingat, walaupun kuota MC disediakan tetapi jika MC terlalu kerap boleh menyebabkan majikan akan menyiasat lanjut dan jika mendapati kecurigaan tindakan seperti “warning letter” akan di ambil. Salah guna MC juga boleh dikategorikan sebagai kesalahan rasuah! -MJ

Jadi wakil negeri korang untuk jawab kuiz dari Maukerja!

Maukerja sekarang tengah launch satu mini game untuk korang semua main! Setiap point dari jawapan betul akan jadi point untuk negeri korang! Klik sini untuk join dan bagi point untuk negeri korang.

kuiz maukerja 1  kuiz maukerja 2