6 Punca Korang Gagal Semasa Interview
# Pengetahuan Pekerja # Interview Tips Video

6 Punca Korang Gagal Semasa Interview

post by MJ

by MJ

Oct 18, 2021
at 9:46 AM

Persediaan untuk ke sesi interview adalah satu perkara penting yang perlu dititiberatkan oleh semua calon yang bakal menghadiri ke mana-mana temuduga. Daripada segi penampilan, susunan dokumen sehinggalah cara menjawab soalan penemuduga pastinya bakal dinilai ketika ke sesi temuduga nanti. Sebab itulah orang kata, first impression tu penting.

Harini min nak kongsikan pengalaman  salah seorang interviewer untuk kongsikan apa kesalahan yang selalu jobseeker lakukan. Untuk calon yang bakal ke temuduga kerja tu, take note tau. Bukan senang nak dengar jawapan daripada mereka yang menjadi panel temuduga ni.

 

1) Tidak memberi SALAM.

Ramai calon yang masuk melulu tanpa bagi salam. Kepada 5 orang yang memberi salam tu, saya bagi extra marks kepada mereka..

2) Muka pucat. Takde Make-Up. Korang bayangkan selepas 5 calon macam ni. Interviewer perlukan calon yang ber enegi. Barulah semangat!

Kepada calon interview. Kita bukan lah nak yang cantik. Tetapi kalau datang tu, paling tidak. Make up la sikit. Barulah nampak bertenaga.

3) Ni consider FAILED.

Rambut SERABAI. Takde apa nak disampakan yang ni. Rambut tu kemas kan. kalau serabai, mesti kerja nanti pun serabai.

4) Letak semua dokumen dalam sampul surat.

Adik, dah moden sekarang. Invest sikit beli holder. Sedap sikit mata memandang.

5) Hanya bawa diri dan sijil ijazah.

hmn... Tolong la bawa lain lain sijil. 

6) Tak tahu syarikat apa yang di pohon.

Sebelum datang interview. Tolong la buat research kat mana korang nak kerja. okay!