Komitmen Sampai 12K Sebulan TAPI bagi RM200 JE dekat Parent? Ramai tak PUAS HATI
# Trending Semasa # Others

Komitmen Sampai 12K Sebulan TAPI bagi RM200 JE dekat Parent? Ramai tak PUAS HATI

post by MJ

by MJ

Feb 22, 2023
at 2:52 PM

Bayar Komitmen Bulanan Sehingga RM12K tetapi Lelaki ini hanya berikan RM200 kepada Ibubapa


 

 

Seorang lelaki Malaysia telah menjadi bahan perdebatan di media sosial kerana belanja bulanannya sehingga RM12k! 

Lelaki tersebut yang tidak mahu dikenali, baru-baru ini mendedahkan belanja komitmen beliau dimana beliau hanya membelanjakan RM200 sebulan untuk ibu bapanya daripada perbelanjaan bulanannya yang mencapai sehingga  RM12,000.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh Sin Chew Daily, beliau memberikan elaun bulanan sebanyak RM200 kepada ibu bapanya bagi membantu menampung keperluan asas mereka. Namun beliau dikritik oleh rata-rata majoriti netizen ni posting itu. Namun ada juga yang setuju dengan pemberian elaun RM200 itu dengan alasan kos hidup di Kuala Lumpur agak tinggi di samping membesarkan keluarga terutamanya dengan membesarkan keluarga. 

Antara kos kos tinggi yang dibelanjakan oleh beliau adalah kos membesarkan anak dan membayar ansuran bulanan untuk pinjaman rumah dimana beliau menghabiskan sehingga RM4,750 sebulan. Walaupun begitu lelaki itu tidak mendedahkan jumlah gaji bulanannya yang sebenar, secara rasionalnya jika kita lihat pada perbelanjaan beliau sahaja kita boleh berangapan gaji bulanan beliau boleh mencapai sehingga 5 angka.

Walaupun ramai netizen yang mengecam beliau diatas elaun diberikan kepada ibubapa beliau namun ada juga menyatakan bahawa hak perbelanjaan seseorang individu itu adalah hak pribadinya. 



Apa pendapat anda jika anda berada didalam situasi seperti mana lelaki ini? Adakah anda akan kongsi RM200 sahaja kepada ibubapa anda?

Jika anda mencari peluang pekerjaan dengan GAJI yang lebih tinggi. Boleh terus mohon di www.maukerja.my