Tweet dikongsikan oleh @abudiAlsagoff di akaun twitter miliknya ini menggambarkan kisah seorang suami dengan gaji RM3,000 sebulan dan kos-kos bulanannya. Kisah ini menggambarkan bagaimana keluarga b40 di Malaysia masih hidup di bawah beban keperluan yang tinggi dengan gaji yang tidak mencukupi. Suami dalam kisah ini terpaksa membelanjakan hampir keseluruhan gajinya dalam tempoh 48 jam setelah menerima gaji.