Keluarga Desak Ambil Loan Untuk Majlis Kahwin, Kini Derita Nak Bayar Balik Loan!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Keluarga Desak Ambil Loan Untuk Majlis Kahwin, Kini Derita Nak Bayar Balik Loan!

post by MJ

by MJ

Mar 9, 2023
at 11:32 AM



Keluarga Desak Ambil Loan Untuk Majlis Kahwin, Kini Derita Nak Bayar Balik Loan!


Sepertimana yang kita tahu, setiap daripada pasti pernah lalui kesusahan dari segi kewangan kan? Sama dengan luahan yang dikongsikan oleh seseorang ini di platform social  twitter @ConfessTweetMY yang menceritakan pengalaman yang sukar dihadapi setelah membuat keputusan mengambil loan dalam persiapan perkahwinan. 

Seperti yang diluahkan, dia baru sahaja berkahwin selama enam bulan, namun sepanjang tempoh ini, dia lebih banyak menangis daripada gembira. Semua bermula sebelum majlis perkahwinan apabila ibu bapa memaksa mereka membuat pinjaman bank untuk majlis kahwin. Walaupun kedua-dua pasangan hanya bekerja biasa-biasa sahaja, tetapi atas desakan ibu bapa, mereka terpaksa membuat pinjaman tersebut.

Walaupun pada awalnya mereka bercadang untuk melakukan majlis secara kecil kecilan  tetapi mereka takut akan mengecewakan orang ramai dan merasa kecil hati tidak diundang ke majlis perkahwinan itu.

Disebabkan tidak mahu mengecewakan keinginan ibubapa mereka. Ibu bapa mereka mencadang untuk mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM40,000 untuk majlis perkahwinan tersebut.

Akhirnya, suami membuat keputusan untuk mengambil pinjaman tersebut dan membuat majlis perkahwinan yang besar dengan menjemput lebih ramai orang seperti yang diinginkan oleh ibu bapa. Walaupun majlis tersebut berjaya dan ibu bapa merasa bangga dengan kejayaan itu, namun pasangan ini sedang berhadapan dengan masalah membayar hutang.

Suami yang dahulu ceria kini sentiasa penat dan selalu letih apabila pulang dari kerja. Dia menyesal kerana membuat keputusan yang itu tanpa terus berfikir tentang bagaimana hidup mereka akan menjadi jauh lebih mudah jika tidak menerima pinjaman tersebut.

Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya membuat keputusan dengan teliti dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan yang besar seperti mengambil pinjaman ketika mangadakan perkahwinan. Pinjaman yang dibuat untuk majlis perkahwinan yang besar mungkin kelihatan sebagai satu perkara yang baik pada mulanya, namun ia juga boleh membawa masalah besar untuk pasangan tersebut pada masa hadapan.

 

Salah satu nasihat yang boleh diberikan adalah untuk mencari pekerjaan yang mempunyai gaji yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan juga mampu menyimpan sedikit wang sebagai simpanan kecemasan. Jangan tergesa-gesa menerima pekerjaan hanya kerana gaji yang ditawarkan tinggi, tetapi pertimbangkan juga faktor-faktor lain seperti lokasi kerja, perjalanan, waktu bekerja dan lain-lain.

Selain itu, perlu juga memperbaiki kemahiran dan pengalaman kerja untuk meningkatkan peluang untuk diterima bekerja di pekerjaan yang lebih baik. Ini boleh dilakukan dengan mengambil kursus atau menyertai latihan, atau mencari pengalaman kerja dalam bidang yang berbeza.

Selalu ingat bahawa pengurusan kewangan yang bijak adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan dengan masalah kewangan, jangan malu untuk meminta bantuan daripada keluarga atau kawan-kawan yang boleh dipercayai. Terdapat juga agensi dan badan-badan yang boleh membantu dengan nasihat kewangan dan pengurusan hutang.
 

 

Jika anda mencari peluang pekerjaan baru boleh cari di www.maukerja.my. Ada lebih 100k kerja kosong menanti anda! Tapi jangan lupa untuk check resume dengan RESUME CHECKER. Cuba semak RESUME anda secara PERCUMA disini > https://cutt.ly/p8zr02h