Pengangkutan Awam Semakin Sesak! Ramai Netizen Mahu WFH Dikembalikan! 
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Pengangkutan Awam Semakin Sesak! Ramai Netizen Mahu WFH Dikembalikan! 

post by MJ

by MJ

Mar 16, 2023
at 10:58 AM

Pengangkutan Awam Semakin Sesak! Ramai Netizen Mahu WFH Dikembalikan! 


 

Pengangkutan awam merupakan salah satu topik yang semakin mendapat perhatian di Malaysia ketika ini. Baru-baru ini tular di media sosial twitter dimana seorang jobseeker mengeluh mengeluh mengenai kesesakan di pengangkutan awam, terutama semasa waktu puncak, dan ini menjadi satu lagi masalah yang perlu diatasi bagi para pekerja. Ramai juga netizen yang menyarankan supaya kemudahan WFH atau bekerja dari rumah dikembalikan. 

Baca Juga : 'Kerja Promoter Tiada Masa Depan'? Pekerja '12 Jam' Ni Tampil Perbetulkan Mentaliti Begini

 



“Benda aku hadap setiap hari, sampai bila kita kena hadap benda ni? I am mentally and physically exhausted. Susu aku drop sebab benda alah ni la sial. I can’t face this anymore..saya nak resign “

 

 

Beliau juga kongsikan beberapa gambar menunjukkan situasi kesesakan di stesen pengangkutan awam di ibukota. Antara reaksi netizen terhadap posting itu adalah dengan memohon kerajaan kembalikan kemudahan bekerja dari rumah atau WFH. 

 



Dalam beberapa tahun terakhir, bekerja dari rumah (WFH) menjadi semakin popular di kalangan pekerja dan majikan. Banyak syarikat membolehkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah setiap beberapa hari seminggu, terutama semasa wabak COVID-19 yang melanda dunia. Namun, dengan perlahan-lahan kembali ke norma baru, kebanyakan syarikat kembali ke pejabat, dan ini berarti pekerja perlu berdepan dengan masalah kesesakan di pengangkutan awam lagi.

Kesesakan di pengangkutan awam bukan sahaja mempengaruhi kualiti hidup pekerja, tetapi juga dapat memberi kesan negatif pada pencarian pekerjaan. Ramai jobseeker yang tidak mempunyai pilihan lain selain bergantung pada pengangkutan awam, dan ini boleh menghalang mereka daripada mencari pekerjaan di kawasan yang jauh dari tempat tinggal mereka. 

Antara komen komen netizen adalah: 

 

 

 

 

 



 

Siapakah yang boleh kembalikan WFH?

Dasar bekerja dari rumah atau Work From Home (WFH) adalah keputusan yang diambil oleh setiap syarikat. Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan dasar bekerja dari rumah bagi syarikat swasta. Oleh itu, keputusan untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah adalah tanggungjawab dan keputusan pihak pengurusan dan pemilik syarikat.


 

Bukan mudah nak cari kerja jika dengan persaingan yang lebih tinggi sekarang ni. Korang boleh cuba untuk check dulu resume korang. Sebelum nak apply kerja tu pastikan resume TIP TOP tau!

Cuba semak RESUME anda secara PERCUMA disini > https://cutt.ly/p8zr02h