Jangan Gatal Gatal Kongsi Info Ni Masa Interview. Kalau Tak, Habislah Gagal.
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Gatal Gatal Kongsi Info Ni Masa Interview. Kalau Tak, Habislah Gagal.

post by MJ

by MJ

Mar 20, 2023
at 10:50 AM

Jangan Gatal Gatal Kongsi Info Ni Masa Interview. Kalau Tak, Habislah Gagal.

Dalam interview ni tak semuanya korang kene cerita. Kalau semua benda nak cerita ni dah macam bukak pekung tau. Ramai yang kurang ilmu tentang apa yang boleh dikongsikan dan apa yang tak boleh dikongsikan ketika berlangsungnya sesi temuduga. Korang jangan sesekali anggap jadi diri sendiri bagus sebab terpaling jujur. Tak okay!

Tak semua perkara boleh dikongsikan dengan bakal majikan tau. Nanti bakal majikan ada persepsi yang lain pulak dekat korang. Apa yang kalau boleh jangan dikongsikan? 

1. Berapa Banyak Pekerjaan Korang Dah Mohon

Memanglah kita dinasihatkan untuk memohon banyak pekerjaan supaya kalau permohonan A ditolak, kita ada back up permohonan B, C, D dan lain-lain. Tetapi, hal ini tak perlu diberitahu kepada recruiter ketika temuduga kerana mereka mungkin akan beranggapan yang korang ni seorang yang tak serious dan tak tahu kerja apa yang korang inginkan sebenarnya.

2. Mempunyai Masalah Kewangan

Kita tak perlu pun mengadu masalah kewangan kepada bakal majikan sebab itu masalah pribadi, tak ada kaitan dengan kerja. Kita minta kerja atas kelayakan sendiri, bukannya meminta simpati atau sedekah ya. Yakinkan korang mampu menyumbangkan value kepada syarikat, bukan jadi beban.

3. Bercakap Buruk Pasal Majikan Lama

Ini terang - terang dikira RED FLAG! Ia menunjukkan pribadi kita yang suka fokus kepada negativity. Lagi teruk, mereka akan label korang sebagai pekerja yang bermasalah! Hanya tahu complain dan bagi alasan. Apa - apa yang jadi pun, sekurang - kurangnya kita simpanlah sendiri semasa temuduga dan move on.

4. Mengadu Susah Nak Dapat Kerja

“Sekarang ni susah betul nak dapat kerja, dah banyak apply tapi tak dapat2!” Haaaa, ini memang nak gali kubur sendiri dik oii. Jangan dedah yang kita ni asyik kena reject, mesti ada sebab disebalik tuu sama ada korang tak layak, atau tak cukup bagus, atau ada yang lagi bagus daripada korang untuk position tersebut.

5. Gaji Company Lama Bagi

Ini ialah maklumat yang agak sensitif untuk didedahkan tambah - tambah lagi kepada bakal majikan. Mereka boleh gunakan maklumat tersebut sebagai rujukan untuk offer korang gaji yang lebih kurang. Sebaiknya kita jawab dengan sopan dan nyatakan expected range salary kita.

6. Pernah Tolak Peluang Kerja

Tak perlu bercerita tentang kerja yang korang pernah reject. Ia menunjukkan yang korang ni sombong dan sibuk nak menunjuk. Interviewer tersebut akan berfikiran yang tak mustahil korang boleh reject kerja baru ni kalau korang diberikan tawaran nanti. Daripada bazir masa mereka, baik tak payah ambil daripada awal!

7. Nak Gaji Besar

Kalau korang bagitau majikan yang korang nak tukar kerja sebab gaji sekarang tak cukup nak hidup mewah, beli kereta besar, beli iphone terkini, majikan akan ada persepsi yang tidak baik terhadap korang. Memanglah kita nak yang terbaik tetapi elakkan daripada nampak terlalu materialistik.

 

So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, Korang letak je resume dalam link ni [ DROP SINI ], nanti akan ada AI system yang generate profile korang bagitahu korang tengah cari kerja. Nanti majikan yang nak cari pekerja akan contact korang. Senang kan. takyah susah susah cari kerja dah!