Pening Majikan Ni Nak Layan Pekerja Mintak Cuti Macam Ni
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa

Pening Majikan Ni Nak Layan Pekerja Mintak Cuti Macam Ni

post by MJ

by MJ

Mar 23, 2023
at 11:34 AM

Pening Majikan Ni Nak Layan Pekerja Mintak Cuti Macam Ni


Ini merupakan alasan memohon cuti yang paling pelik! Seorang pekerja wanita di sebuah kedai memberitahu majikannya bahawa dia tidak dapat datang bekerja kerana semua pakaiannya masih basah dan tidak mempunyai baju untuk dipakai.

Majikan wanita ini terkejut apabila menerima mesej memohon cuti daripada pekerjanya pagi itu dan menganggap bahawa ini adalah alasan memohon cuti yang paling pelik yang pernah diterimanya.

 

 

Suka Memohon cuti selang beberapa hari

 

Majikan tersebut mengatakan bahawa pekerja wanita tersebut selalu memohon cuti dengan pelbagai alasan setiap beberapa hari dan alasan tidak dapat datang bekerja contoh seperti bekas suami kakaknya yang membuat kacau di rumah pada waktu awal pagi, atau pergi bersama kakaknya untuk berbincang dengan bekas suami kakaknya dan macam lagi alasan lain. 

 

 

Majikan tersebut menyatakan bahawa pekerja wanita pelik ini baru sahaja diambil bekerja, dalam tempoh percubaan selama 3 bulan dan ini adalah bulan ketiga bekerja. Oleh kerana pekerja wanita tersebut kerap tidak hadir tanpa sebab dan tiada alasan untuk tidak datang bekerja sebelum ini, majikannya pernah memberi amaran kepadanya bahawa dia perlu memberitahu alasan cuti yang lebih kukuh pada masa hadapan. 

Majikan wanita tersebut mengatakan bahawa ini adalah alasan memohon cuti yang paling pelik yang pernah diterimanya, walaupun kedai memerlukan pekerja, dia tidak akan meneruskan perkhidmatan pekerja wanita pelik ini selepas tamat tempoh percubaan 3 bulan.