Pelanggan mengadu rider OKU ni lambat hantar makanan, beliau tekad untuk lebih bekerja kerja keras seperti rider rider lain! Bro ni patut dijadikan contoh!
# Pengetahuan Interview # Trending Semasa

Pelanggan mengadu rider OKU ni lambat hantar makanan, beliau tekad untuk lebih bekerja kerja keras seperti rider rider lain! Bro ni patut dijadikan contoh!

post by MJ

by MJ

Mar 27, 2023
at 8:36 AM

Pelanggan mengadu rider OKU ni lambat hantar makanan, beliau tekad untuk lebih bekerja kerja keras seperti rider rider lain! Bro ni patut dijadikan contoh!
 

Seorang pemuda Thailand berusia 37 tahun, Surya, pernah bekerja di pasar segar berhampiran rumahnya, dengan pendapatan yang stabil, tetapi tujuh tahun lalu dia terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya, menjadikannya beliau kehilangan sebelah kaki dan kurang upaya serta mengubah hidupnya secara besar-besaran. Kini beliau bekerja sebagai penghantar makanan atau rider. 

 

 

“Orang lain kehilangan kedua-dua lengan tetapi masih berusaha hidup, saya masih mempunyai kaki yang lain yang sihat, jadi saya perlu lebih berusaha!”

 

“Pelanggan mengadu saya lambat tapi saya tidak boleh menyerah”

 

Menurut Laporan Thailand, dia terpaksa menjalani pembedahan salur darah tersumbat, dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke kaki, gejala pertama yang muncul adalah keradangan otot, bengkak dan sakit. Punca sakit ini juga dikenalpasti daripada merokok.

Selepas menjalani pembedahan pada kaki kirinya, Surya mengambil beberapa bulan untuk pulih, dan selepas luka sembuh dia mula mencari kerja semula dan memutuskan untuk keluar hidup sendiri kerana dia ingin bergantung pada dirinya sendiri dan tidak menjadi beban kepada sesiapa.

 

Pada mulanya, dia bekerja di bahagian pengeluaran kilang dan memasang kaki palsu; tetapi tiga tahun kemudian, dia memilih untuk bertukar menjadi penghantar makanan.

Surya mengakui bahawa pada mulanya dia takut dengan pekerjaan ini, bimbang akan merosakkan makanan orang lain, juga bimbang akan jatuh dan sebagainya. Selain itu, dia juga perlu menyesuaikan diri dan belajar berkomunikasi dengan pelanggan secara beransur-ansur. 

Walaupun Surya mempunyai kaki palsu, tetapi dia tidak dapat memakainya ketika menjadi penghantar makanan kerana sekiranya jatuh dia ianya akan lebih membahayakan dirinya.

“Kesukaran menunggang motosikal dengan satu kaki adalah untuk mengekalkan keseimbangan. Jatuh juga sudah menjadi perkara biasa. Jika jatuh pada siang hari akan ada orang yang membantu, tetapi pada waktu malam hanya boleh bergantung pada diri sendiri.”

Waktu kerja Surya sebagai penghantar makanan biasanya adalah dari pukul 10 atau 11 pagi hingga tengah malam. Kadang-kadang dia juga akan menghantar makanan sehingga pukul 1 atau 2 pagi. Setiap kali dia mendapat bayaran 28 baht (kira-kira RM1.90), pendapatannya setiap hari selepas menolak perbelanjaan hanya tinggal 300 baht (RM11.73) hingga 400 baht (RM15.64). Dia berkata, walaupun dia sangat kecewa, tetapi dia tidak boleh menyerah dalam kehidupan ini.

“Untuk masa depan, (saya) ingin menjual barang-barang, penghantar makanan menjadi pekerjaan sampingan, kerana tidak boleh selamanya menjadi penghantar makanan.”

Setelah menjalani pembedahan selama 6 hingga 7 tahun. Dia berkata, dia telah belajar banyak perkara dari hidupnya. Dia pernah menjadi orang yang tenang berbanding dirinya sebelum ini, serta lebih berhati-hati dalam hidupnya daripada sebelumnya.