PADAH! Pekerja Ini Dipaksa Membayar Semula RM48,000 Gaji Akibat Selalu Ambil Rehat Merokok
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

PADAH! Pekerja Ini Dipaksa Membayar Semula RM48,000 Gaji Akibat Selalu Ambil Rehat Merokok

post by MJ

by MJ

Mar 29, 2023
at 10:39 AM

PADAH! Pekerja Ini Dipaksa Membayar Semula RM48,000 Gaji Akibat Selalu Ambil Rehat Merokok

Bagi sesiapa yang merokok, pasti korang pernah mengambil rehat sekejap antara kerja untuk merokok.Mungkin bagi syarikat lain, mengambil rehat untuk keluar merokok tiada masalah. Tetapi lain pula dengan seorang lelaki berasal daripada jepun ini dimana pengambilan rehat merokok telah menyebabkan dia kehilangan wang yang agak besar.

Menurut laporan The Mainichi, seorang kakitangan kerajaan daerah Osaka menerima pemotongan gaji 10% selama 6 bulan DAN diarahkan untuk membayar semula 1.44 juta yen (RM48,359.84) daripada gajinya kerana mengambil 4,512 rehat merokok dalam 14 setengah tahun perkhidmatannya dengan mereka.

Kakitangan berusia 61 tahun itu dilaporkan mengambil rehat merokok sebanyak 355 jam dan 19 minit semasa bertugas.

Bersama dengan dia, terdapat 2 lagi kakitangan yang menerima pemotongan gaji 10% kerana merokok berulang kali semasa jam kerja.

Berdasarkan kenyataan bahagian sumber manusia (HR) Kerajaan Daerah Osaka, ketiga-tiga kakitangan itu diberi amaran supaya tidak merokok semasa jam kerja selepas menerima tip anonim.

Supervisor mereka kemudian mengawasi mereka dan tahu bahawa mereka kerap merokok berulang kali, dan juga membohong bahawa mereka tidak merokok selepas menerima walaupun sudah menerima amaran sebelum ini. 

Berdasarkan Akta Perkhidmatan Awam Tempatan Jepun, kakitangan berusia 61 tahun perlu membayar semula RM48,359 dari gajinya.

Insiden ini telah menunjukkan betapa tegas undang undang ni negara timur itu. Akta tersebut menetapkan bahawa pekerja awam mesti dedikasikan diri mereka kepada tugas mereka dan bekerja dengan rajin, cekap, dan setia untuk kepentingan awam.

Isu pengambilan rehat merokok semasa jam kerja telah menjadi perdebatan lama di banyak negara. Walaupun beberapa majikan membenarkan, ada juga majikan yang percaya bahawa ia adalah gangguan yang tidak perlu semasa kerja dan boleh menyebabkan kehilangan produktiviti.

Insiden ini menjadi pengingat kepada pekerja untuk sentiasa mematuhi peraturan majikan mereka mengenai pengambilan rehat merokok, kerana ia boleh menyebabkan kesan serius, termasuk kehilangan pendapatan. Majikan pula harus berusaha untuk mencipta persekitaran kerja yang kondusif yang menggalakkan produktiviti sambil menangani keperluan semua pekerja, termasuk perokok.

Apa pendapat anda? Patut ke ada undang-undang seperti ini di Malaysia?