by Ani
Hari Thaipusam merupakan perayaan penting bagi penganut Hindu di Malaysia. Tapi, persoalan utama yang sering timbul: "Thaipusam ni cuti umum ke? Semua pekerja dapat cuti ke?" Jom kita bongkar jawapannya dalam artikel ini!
Thaipusam adalah perayaan keagamaan yang disambut oleh penganut Hindu, khususnya masyarakat Tamil. Ia diadakan bagi menghormati Dewa Murugan dan dikaitkan dengan kisah kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Sambutan ini meriah dengan perarakan kavadi, doa, dan amalan berpuasa sebelum hari besar.
Tarikh cuti Thaipusam adalah pada 11 Februari 2025 (Rabu).
Ya, Thaipusam adalah cuti umum tetapi tidak di seluruh Malaysia! Thaipusam adalah cuti umum di beberapa negeri sahaja, bergantung kepada pengiktirafan kerajaan negeri.
Hari Thaipusam termasuk dalam cuti umum bagi negeri Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, dan Kedah.
Manakala, negeri lain tidak mengiktiraf Thaipusam sebagai cuti umum. Jika anda bekerja di negeri-negeri ini, cuti Thaipusam bergantung kepada budi bicara majikan.
Ya, Thaipusam adalah cuti umum di Selangor. Setiap tahun, kerajaan negeri Selangor memberikan cuti pada hari Thaipusam bagi memudahkan penganut Hindu menyambut perayaan ini, terutamanya di lokasi utama seperti Batu Caves.
Ini bergantung kepada lokasi tempat kerja anda:
Bagi pekerja yang beragama Hindu di negeri tanpa cuti Thaipusam, anda boleh memohon cuti tahunan atau berbincang dengan majikan untuk pelepasan khas.
Baca Juga: Cuti Tahunan Pekerja, Ni Info Wajib Korang Tahu
Kalau anda terpaksa bekerja pada Hari Thaipusam di negeri yang mengiktirafnya sebagai cuti umum, anda layak menerima bayaran lebih tinggi! Mengikut Akta Kerja 1955:
Jadi, kalau anda bekerja pada Thaipusam, pastikan anda tahu hak anda dan semak slip gaji untuk pastikan majikan bayar dengan betul!
Baca Juga: Cara Kiraan OT, Ini Cara Senang Untuk Pekerja Faham Dan Kira
Jadi, adakah semua pekerja dapat cuti Thaipusam? Jawapannya bergantung pada lokasi tempat kerja dan dasar syarikat anda. Jika anda bekerja di negeri yang Thaipusam adalah cuti umum, nikmatilah cuti anda! Jika tidak, bincanglah dengan majikan untuk cuti khas.
Nak cari kerja yang lebih fleksibel dengan cuti perayaan yang sesuai? Jom cari kerja di portal Maukerja untuk peluang kerja dalam pelbagai bidang!
1. Adakah Thaipusam cuti umum?
Ya, tetapi hanya di negeri tertentu seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan beberapa negeri lain.
2. Jika Thaipusam bukan cuti umum di negeri saya, bolehkah saya minta cuti?
Ya, anda boleh memohon cuti tahunan atau berbincang dengan majikan untuk cuti khas.
3. Adakah majikan wajib beri cuti pada pekerja Hindu walaupun bukan cuti umum?
Tidak wajib, tetapi majikan boleh mempertimbangkan cuti khas atau cuti tahunan untuk pekerja Hindu.
4. Berapa gaji jika saya bekerja pada Thaipusam?
Jika Thaipusam adalah cuti umum di negeri anda, anda layak mendapat gaji dua kali ganda atau tiga kali gaji jika kerja lebih masa.
5. Di mana boleh cari kerja dengan fleksibiliti cuti perayaan?
Anda boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan keperluan cuti anda di Maukerja.