by Ani
Pernah tak anda dapat tawaran kerja yang gajinya tinggi gila, tapi kerja senang? Atau mungkin ada syarikat yang tiba-tiba mesej anda di WhatsApp, kata mereka nampak resume anda dan nak bagi kerja serta-merta? Hati-hati! Semua ini mungkin adalah job scam!
Di Malaysia, kes penipuan pekerjaan semakin meningkat dan ramai yang menjadi mangsa. Tapi kenapa ia berlaku dengan begitu meluas? Dalam artikel ini, kita akan kupas sebab-sebab utama dan bagaimana anda boleh elak daripada terperangkap dalam perangkap scammer!
Job scam merujuk kepada tawaran kerja palsu yang dibuat oleh individu atau sindiket untuk menipu mangsa. Biasanya, scammer menggunakan pelbagai helah untuk memperdaya pekerja, termasuk:
Modus operandi mereka juga semakin canggih, termasuk menggunakan laman web palsu dan media sosial untuk meyakinkan mangsa.
Baca Juga: Hati-Hati! 90% Orang Tak Sedar Ini Tanda Iklan Kerja Palsu!
Bila ramai yang terdesak mencari kerja, mereka lebih cenderung untuk menerima tawaran tanpa menyelidik terlebih dahulu. Scammer memanipulasi keadaan ini dengan menjanjikan peluang pekerjaan segera.
Sekarang ini, job scam bukan sahaja berlaku melalui email, tetapi juga di WhatsApp, Telegram, Facebook, LinkedIn, dan Instagram. Dengan teknologi yang semakin canggih, penipu boleh menyamar dengan lebih meyakinkan. Jadi sangatlah penting untuk anda elak penipuan di zaman digital sekarang ini.
Jika tawaran kerja terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, kemungkinan besar ia adalah scam. Tiada syarikat yang akan membayar gaji tinggi tanpa sebarang kelayakan atau pengalaman.
Waspada dengan panggilan robot yang menyamar sebagai majikan atau agensi pekerjaan! Scammer menggunakan panggilan automatik untuk menawarkan kerja dengan gaji lumayan, tetapi sebenarnya mereka hanya mahu mencuri maklumat peribadi atau meminta bayaran pendahuluan. Jika panggilan terdengar mencurigakan atau terlalu bagus untuk jadi kenyataan, abaikan sahaja dan jangan berikan sebarang maklumat peribadi!
Scammer sering meminta mangsa untuk membuat bayaran kononnya untuk proses pendaftaran, latihan, atau dokumen. Ingat! Majikan sebenar tidak akan meminta wang daripada calon pekerja!
Ada scammer yang menggunakan nama syarikat besar untuk menipu. Mereka akan buat laman web palsu dan menghantar email menggunakan nama syarikat terkenal untuk meyakinkan mangsa. Maka sangalah penting untuk anda tahu taktik scammer zaman sekarang ni.
Ingat, jangan sekali-kali panik bila jadi mangsa job scam. Cuba tenang dan fahami cara nak buat report penipuan kerja.
Job scam semakin menjadi-jadi di Malaysia, dan setiap pencari kerja perlu lebih berhati-hati. Jangan mudah percaya dengan tawaran kerja yang nampak terlalu menarik, dan sentiasa semak kesahihan syarikat sebelum menerima sebarang tawaran.
Kalau anda sedang mencari kerja yang sah, selamat dan dipercayai, gunakan platform seperti Maukerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik!
1. Bagaimana cara paling mudah mengenali job scam?
Jika tawaran kerja meminta bayaran pendahuluan atau gaji terlalu tinggi tanpa pengalaman, ia mungkin scam.
2. Apa yang perlu dilakukan jika saya telah memberikan maklumat peribadi kepada scammer?
Segera tukar kata laluan bank dan laporkan kepada pihak berkuasa.
3. Adakah semua kerja dari rumah itu job scam?
Tidak, tetapi anda perlu berhati-hati dengan tawaran yang terlalu menggiurkan.
4. Dimana tempat terbaik untuk cari kerja yang selamat?
Gunakan platform seperti Maukerja yang hanya menyiarkan iklan kerja dari majikan yang sah.
5. Bagaimana cara melaporkan job scam?
Anda boleh laporkan kepada polis, CyberSecurity Malaysia, dan platform pekerjaan yang digunakan oleh scammer.