Kenapa sesetengah syarikat ni suka diam membisu lepas interview kita? Kalau tak pilih kita menjadi pekerja dia syarikat anda sekali pun, tolonglah bagi jawapan and get back to us. Bukannya buatkan kami menunggu jawapan daripada anda.
Macam bagi fake hope pun ada. Kami tak marah pun kalau tak dapat kerja di syarikat itu. Rasa kecewa tu mesti la ada. Tapi lagi kecewa apabila syarikat tu pilih untuk mendiamkan diri dari kita selepas temuduga. Buatkan kita tertanya-tanya setiap hari sama ada dapat kerja ataupun tidak.