Saya telah diarahkan untuk membantu Jabatan Audit Dalaman sedangkan saya berkelulusan Teknologi Maklumat (IT) dan bekerja sebagai Programmer. Alasannya untuk membantu Jabatan Audit Dalaman dan menampung kekurangan kakitangan di Jabatan berkenaan atas sebab kakitangan sebelum ini berhenti, tak tahan dengan sikap Ketua Jabatan Audit Dalaman.
Saya langsung tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang audit, tetapi HR maklumkan bahawa saya akan diberi tunjuk ajar. Kemungkinan besar saya akan diserapkan ke Jabatan tersebut akan datang.
Saya tak pasti sama ada boleh mendalami tugas di Jabatan Audit Dalaman atau sebaliknya. Tambahan pula sikap Ketua Jabatan Audit Dalaman yang kurang professional merisaukan saya. Arahan ini juga dari pihak Pengurusan Atasan. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?