Salam, saja ja nak meluah. Saya ni ada diploma saja in accounting, lepas graduate dapat kerja dengan big4 jadinya masa dapat kerja tu sdg further degree. Lepas dapat kerja umo 19/20 cmtu maybe tak boleh bawak dengan stress dah resign, lepas tu bermula la kisah saya kerja pon dah tah apa2. Kebetulan masa resigned terus pkp, jadinya mestila takda kerja tetap so jadila rider 6 bulan lebih kemudian ada dapat kerja contract kerajaan. Bekerja hampir 2 tahun saya resigned (rasanya ramai tahu kenapa saya resigned dari government -contract saja ya bukan tetap) pertama sekali konon2 niat nak cari career yg lebih baikla (sebab kerja contract takda increments dan apa2 jaminan pon, cuti apa semua standard la) lagipon umur saya dah 25 nak juga ada development dalam diri ni, kerja kerajaan tu saya lebih kepada buat kerja kerani biasa dan buat kerja2 org atas walaupon gaji tak sampai 2000 pon. Itu ini saya buat taoi tak setimpal dengan apa yang saya dapat, macam biasalah kita buat kerja orang atas dapat nama, dengan takda sistem kerja jadi saya serabut dengan kerja dan orang2 disitu. Sampai tahap mental saya makin teruk sebabtu jugak saya resigned. Sebelum saya resigned, sempat saya dimaki dan difitnah oleh pegawai dan supervisor/ in charge saya juga diugut buang kerja kerana ada ketidakpuasan hati dari supervisor saya, sikap dia yang selalu mengadu belakang dan tidak berani menegur kesalahan staf membuatkan saya lebih firm untuk resign. Lepas saya resigned sebagai MySTEP, sedih sangat sebab ramai yang tak nak amik saya kerja. 10 application semua ditolak, company mana ja yang nak amik pekerja macam saya ni. Skills saya ada dulu hampir tidak dapat saya gunakan langsung. Sekarang saya bekerja sebagai cleaner, sedih min sedangkan rakan sebaya saya boleh travel sana sini boleh beli apa yang diaorg nak boleh kerja kat tempat yang gah tapi saya kutip sampah sapu lantai. Kalau saya apply secara tidak formal pon HR mostly tanya apa previous job, bila diberitahu MySTEP terus ditolak, sedih sangat2. Kesihatan mental saya makin merudum sebab memikirkan masa depan saya. Apa jadi kalau contract sebagai cleaner ni pon ditamatkan, saya terpaksa jadi rider untuk tambah savings saya supaya apa2 jadi masa akan datang saya boleh survive, makan pon mencatu min. So, ada apa2 nasihat untuk saya tak? Tak taula apa saya nak buat, nak masuk balik kerja bahagian akaun memang mentah2 saya kena tolak, mintak kerja kerani biasa pon gaji terlalu rendah ja yg reply. Sedangkan gaji cleaner ni alhamdulillah ok cuma contact jugak. TQ min


Answers

Can you answer this question ?

People are looking the best Answer for this question

Asked by :

N**** S****** Z*****
5 bulan yang lepas