s***** a**'s avatar'
s***** a**9 bulan yang lepasMauTanya

Majikan potong gaji sebnayak 30%, gaji rm1200 tapi bilangan kerja lebih 5 orang.

Adakah betul tindakan majikan dari segi undang-undang jika majikan melakukan hal tersebut: Saya merupakan pekerja yang baru sahaja menjadi pekerja 'probation' dan telah bekerja selama 17 hari. Majikan tidak memberikan offer letter tetapi satu employment letter menyatakan gaji sebanyak rm1500 ( tidak menyatakan probation menerima rm1200) serta menyatakan bahawa pekerja boleh resign 24 jam. Saya telah memberikan notis kepada manager bahawa saya ingin berhenti kerja pada hujung bulan( kerja mula daripada 1 Mei hingga 31 Mei Sahaja) namun manager terus suruh saya berhenti kerja pada 19 Mei. Manager turut berkata kepada saya bahawa gaji saya akan dipotong 30% daripada jumlah hari yang telah saya kerja.
0
Nasiruddin Burhan's avatar'
Nasiruddin Burhan9 bulan yang lepas
Majikan tidak dibenarkan secara undang-undang untuk memotong gaji pekerja mereka tanpa sebab yang munasabah dan berdasarkan isi kandungan dalam perjanjian pekerjaan. Bagi pekerja yang sedang berada dalam tempoh probation, majikan boleh memotong gaji mereka mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam perjanjian pekerjaan. Tetapi dalam kes ini, jika majikan tidak memberikan offer letter dan hanya satu employment letter yang menyatakan gaji sebanyak rm1500, ini bermakna pekerja sepatutnya menerima gaji tersebut dan tidak sepatutnya dipotong tanpa sebab yang munasabah. Selain itu, notis yang diberikan oleh pekerja harus diperhatikan oleh majikan dan tarikh akhir bertugas sepatutnya adalah pada tarikh yang dinyatakan oleh pekerja dalam notis tersebut. Sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang perlindungan pekerja seperti ini boleh dipertikaikan dan melibatkan tindakan undang-undang yang sesuai.
1