NUR ASHIKIN NAJWA BINTI ABIDIN's avatar'
NUR ASHIKIN NAJWA BINTI ABIDIN1 bulan yang lepasMauTanya

akan dikenakan denda ke kalau dapat gaji terus berenti?

sy nak tnya pendapat, boleh ke kita beri surat berenti 24jam selepas dapat gaji (jika masih bawah tempoh percubaan & tiada surat comfirmation lagi) ?

atau company akan ambil tindakan ke atas saya?

1
Syazwan Amirul's avatar'
Syazwan Amirul1 bulan yang lepas
Jika anda memberikan surat berhenti 24 jam selepas menerima gaji (terutamanya jika anda masih di bawah tempoh percubaan dan tiada surat pengesahan kontrak), itu boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak profesional. Walaupun tidak semestinya akan dikenakan denda, tetapi ia boleh merosakkan reputasi anda di pasaran kerja atau mempengaruhi hubungan dengan majikan anda. Lebih baik berikan notis berhenti mengikut tempoh yang ditetapkan dalam kontrak atau undang-undang buruh yang berkuatkuasa. Company mungkin mengambil tindakan seperti menahan sebahagian atau keseluruhan gaji anda atau merujuk perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan.
2