A***** N****** Z*****'s avatar'
A***** N****** Z*****1 bulan yang lepasMauTanya

Disuruh transfer ke merger company tanpa diberi notis dahulu

Saya disuruh untuk transfer kepada merger company tanpa diberi notis dan perbincangan. Saya tak setuju tapi mereka masih memaksa saya untuk ditransfer. Alasan kerana projek dah tak masuk merger company ada projek baru dan memerlukan pekerja. Skop kerja bertambah dan ada cons lain yang saya tak boleh hadap. Dalam offer letter tidak diberitahu yang tentang boleh transfer pekerja kepada merger company. Boleh ke syarikat buat macam tu dan adakah tindakan saya betul jika saya memberi keputusan untuk berhenti kerana tidak mahu ditransfer?

1
Yusuf Fauzi's avatar'
Yusuf Fauzi1 bulan yang lepas
Menurut perundangan buruh tempatan, syarikat memerlukan mendapatkan persetujuan pekerja sebelum menjalankan sebarang perubahan kontrak kerja seperti pemindahan kepada merger company tanpa notis. Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan ini dan syarikat masih memaksa untuk ditransfer, anda mempunyai hak untuk memberi notis berhenti kerja atas sebab tersebut. Syarikat sepatutnya memberi notis kepada pekerja dan mematuhi peraturan berkaitan pemindahan pekerja ke entiti lain. Anda boleh mendapatkan nasihat undang-undang untuk menilai opsyen yang terbaik dalam keadaan ini.
1