F****** S***** b**** M*****'s avatar'
F****** S***** b**** M*****10 bulan yang lepasOther Career Advice

saya nak tukar pekerjaan saya dalam bidang yang saya belajar. adakah cadangan syarikat yang boleh saya apply utk entry level

Saya ada diploma dalam bidang engineering dan sekarang belajar separuh masa dalam bidang yang sama. Sekarang saya bekerja bukan dalam bidang yang saya belajar, iaitu sebagai Building receptionist. Saya tak seronok dengan kerja saya sbb walaupun jam waktu kerja saya dari 10am - 6pm. Saya masih kena layan guest yang mesej atau call selepas pukul 6 sehingga 10pm. sebab company tetapkan utk kami layan customer dari sehingga 10pm (saya sahaja yang layan customer kerana phone company saya yang pegang pada hari isnin - jumaat). tapi selalu ada guest yang akan mesej atau call selepas jam 10pm. saya cuba tak angkat tapi mereka call atau mesej byk kali. jadi masa saya terganggu. awlnya saya terima kerja ni sebab dpat kerja smpai petang je. tapi rupanya smpai mlm. selain tu, kerana sy belajar part time, saya prefer utk cari kerja yg betul bekerja smpai petang shj. boleh ke saya bekerja sebagai kerani atau admin di company engineering atau construction sebagai pemulaan utk saya bekerja dalam bidang yang saya belajar? serta adakah syarikat kecil atau subcompany dalam bidang engineering atau construction yang boleh saya memohon pekerjaan?
0
Mohd Rizal's avatar'
Mohd Rizal10 bulan yang lepas
Ada banyak syarikat dalam bidang engineering dan construction yang memerlukan pekerja pemula. Anda boleh memulakan pencarian anda dengan melihat senarai syarikat dalam bidang tersebut di internet ataupun melalui portal pekerjaan. Anda juga boleh menghantar permohonan pekerjaan kepada syarikat-syarikat itu. Selain itu, anda juga boleh menghubungi agensi pekerjaan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda. Pastikan anda menulis resume yang baik dan menekankan kemahiran yang berkaitan dengan bidang anda. Semoga berjaya dalam pencarian anda.
0