C** C****** A**** B** C** D**'s avatar'
C** C****** A**** B** C** D**1 tahun yang lepasResignation Concerns

Adakah saya boleh letak jawatan atau lepaskan jawatan di GLC kerana masih belum tanda tangan sebarang surat lantikan?

Saya lapor diri di syarikat glc pada 15/2/23 dengan hanya terima email surat tawaran dan surat setuju terima tawaran, surat setuju terima perlu di email sebelum lapor diri. Sepanjang melapor diri dari tarikh 15/2 sehingga sekarang saya masih belum tanda tangan sebarang surat lantikan pegawai kontrak, contract of service (cos). Pada 20/2 saya buat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan dan baru tahu BP tinggi dan menyatakan saya sering sakit dada dan kerap sepanjang 2 minggu lepas. Doktor KK berikan surat rujukan ke hospital pada hari yang sama, saya pergi ke hospital dan jumpa doktor serta buat ecg bagi jantung. Doktor hospital sahkan ada stress di jantung saya. Saya kembali ke klinik kesihatan bersama surat follow up dari doktor hospital. Doktor KK suruh datang semula pada 22/2 untuk follow up BP dan urin. Pada 21/2 masuk ke pejabat dan beritahu kepada pihak pengurusan berkaitan hal ini dan pihak pengurusan maklumkan akan tunggu keputusan pada 22/2/23. Pada tarikh 22/2/23 saya kembali ke KK untuk follow up dan telah di maklumkan boleh bekerja walaupun BP masih tinggi. Setelah selesai di KK saya pulang ke rumah untuk bersiap2 ke tempat kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja saya alami sakit dada dan telah pergi ke Bahagian kecemasan. Maklumkan kepada pegawai bertugas dan telah dimasukan ke yellow zone untuk pemantauan dan hari yang sama saya perlu masuk ke wad untuk pemantauan. Saya telah inform kepada pihak pejabat, pegawai atasan maklumkan bahawa sebarang kos tidak akan di tanggung oleh pihak syarikat kerana masih belum sign surat perlantikan jawatan kontrak tersebut. Soalan saya adalah 1. Adakah saya boleh melepasakan atau letak jawatan tanpa notis/dengan notis? 2.jika tanpa notis adakah saya perlu membayar gaji sebulan kepada syarikat untuk bayaran ganti notis? 3.saya tidak tanda tangan sebarang surat lantikan tetapi hanya membalas surat setuju terima tawaran adakah itu di kira sebagai perjanjian di antara saya dan majikan? 4.adakah saya diklasifikasikan sebagai pekerja yang telah dilantik jika hanya terima serah tugas dari pegawai yang bertukar?
1