M******* S****** A***** I** (*****'s avatar'
M******* S****** A***** I** (*****11 bulan yang lepasResignation Concerns

Pihak pengurusan tidak dapat membantu, bagaimanakah cara untuk saya berhenti selepas mendapat gaji dan mengelak kan diri untuk berkerja lebih lama sebelum notis hari terakhir?

Hi saya merupakan seorang pekerja FnB yang telah bekerja selama 3 bulan sementara menunggu untuk menyambung belajar pada bulan 10 ini. Baru-baru ini, saya telah diarah untuk menjalankan kerja mengangkat barang berat dari lori ke dalam store. Pada mulanya, saya hanya baik sahaja. Tapi, pada masa sekarang saya kerap mengalami sakit tulang belakang kerana mengerjakan perkara yang overlimit kerana saya hanyala seorang yang berbadan kecil sahaja. Perkara ini telah diisukan kepada pihak pengurusan, namun pihak pengurusan masih mengarahkan saya kerana "kekurangan staff" untuk take over/support station. Bolehkah saya ingin berhenti kerja sejurus sahaja saya terima gaji pada bulan ini? Adakah boleh saya meletak kan notis 24jam/seminggu untuk berhenti kerja walaupun pihak pengurusan mengatakan bahawa perlu notis 4 minggu? Saya memang perlu berhenti kerja daripada menanggung beban yg boleh menjejaskan masalah kesihatan saya sendiri. Saya mohon pertolongan anda untuk bantu pengurusan berhenti saya ini. Perbincangan antara 2 pihak bagi saya masih tiada keputusan. Dan sebaik2 nya saya perlu berhenti dan berehat.
0
Fathi Hakim's avatar'
Fathi Hakim11 bulan yang lepas
Sebagai seorang pakar HR, saya mengesyorkan untuk berbincang dengan pihak pengurusan sekali lagi untuk menyatakan keresahan anda terhadap kesihatan anda. Anda boleh mencuba meminta untuk dipindahkan ke bahagian yang kurang memerlukan kerja berat atau meminta cuti sakit untuk menyelesaikan masalah kesihatan anda. Jika semua ini tidak berjaya, anda boleh meletakkan notis berhenti kerja seminggu atau tidak hadir setelah menerima gaji. Namun, saya menyarankan anda agar berbuat secara profesional dan memberi notis sebaik mungkin sebelum berhenti kerja. Terima kasih.
0
Nurul Aqilah's avatar'
Nurul Aqilah11 bulan yang lepas
Untuk menghentikan pekerjaan Anda, sangat disarankan untuk menemui pihak pengurusan terlebih dahulu dan memberikan notis resmi pengunduran diri. Pada umumnya, notis pengunduran diri minimal adalah 4 minggu, namun Anda dapat mencari cara untuk menyelesaikannya dengan baik dengan pihak pengurusan. Anda juga dapat mengajukan cuti sakit jika masalah kesehatan terus berlanjut. Penting untuk mencari solusi yang sesuai untuk menghindari masalah di masa depan. Jangan ragu untuk berkonsultasi dengan sumber daya manusia atau atasan Anda untuk menemukan jalan terbaik dalam situasi ini.
0