jobs in Fast2Print Sdn Bhd

Fast2Print Sdn Bhd

Company SSM No 1282720-H · 1-50 Employees · Printing / Publishing

Tentang Fast2Print Sdn Bhd

FAST2PRINT SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Syarikat yang mula beroperasi pada tahun 2014. Pada mulanya, perniagaan ini mula bertapak di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjalankan perniagaan digital printing sahaja dan masih beroperasi sehingga kini. Ianya lebih memfokuskan kepada pelajar sahaja.

Dengan usaha dan ketekalan, syarikat ini telah berkembang lebih maju lagi yang mana pada tahun 2017 perniagaan ini telah membuka cawangan kedua yang lebih memfokuskan kepada percetakan large format seperti banner, banting, poster, sticker dan sebagainya. Penubuhan cawangan kedua ini sedikit sebanyak telah membuka satu kemudahan kepada pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengunakan perkhidmatan FAST2PRINT.


Pada masa ini, syarikat juga telah mula mengembangkan segmentasi pelanggan yang pada mulanya hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja tetapi kini terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan swasta, dan ahli perniagaan.

Pada JUN 2018, atas permintaan yang semakin tinggi dan sambutan yang hangat dan atas sebab kekangan ruang yang tidak dapat memenuhi tempahan pelanggan, Syarikat telah mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan ketiga yang lebih memfokuskan kepada menjalankan kerja-kerja pembuatan dan percetakan (Production Area) dan Pejabat Urusan di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.


Pada FEB 2020, FAST2PRINT SDN BHD telah meluaskan perniagaan dengan membuka cawangan keempat di Masjid Tanah,Melaka. Pembukaan cawangan ini dipercayai dapat memenuhi permintaan pelanggan. FAST2PRINT beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga kerja warganegara Malaysia berstatus Bumiputera. FAST2PRINT merupakan syarikat yang menjalankan operasi sepenuhnya meliputi proses pembuatan, percetakan dan pemasangan sepenuhya tanpa melibatkan pihak ketiga. Dengan itu, FAST2PRINT dapat mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya menawarkan harga yang termurah dipasaran.

Kini FAST2PRINT telah berkembang maju seperti syarikat-syarikat yang lain. Syarikat FAST2PRINT lebih memfokuskan kepada kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan.

Maklumat Fast2Print Sdn Bhd

Nama Syarikat

Fast2Print Sdn Bhd

Jenis Syarikat

-

Saiz Syarikat

1-50

Industri

Printing / Publishing

No. SSM Syarikat

1282720-H

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

company_detail.question.title

company_detail.company_name_address

E-G-7 JALAN BG 3B/1 SEKSYEN 15 BANDAR BARU BANGI, 43650 SELANGOR., Malaysia