Back
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN banner company

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN

1-50 Employees · Social Services / NGO

About PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN

Rumah Anak Yatim NUR IMAN diasaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd Yusof pada 20 Disember 2010 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur lman, sebuah NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang. NUR IMAN sekarang beroperasi di sebidang tanah yang diinfakkan oleh beberapa orang hamba Allah di alamat di Lot *0436, Kg. Kempadang, Kuantan, Pahang. Sistem pembelajaran di NUR IMAN terdiri daripada aliran agama sepenuhnya (sistem pondok dan tahfiz) dan aliran akademik. Buat masa ini penghuni seramai 23 orang lelaki dan 16 orang perempuan telah ditempatkan di NUR IMAN bagi mempelajari aliran agama dan akademik.

 

NUR IMAN berusaha sedaya upaya untuk menyediakan alternatif belajar bagi pelajar-pelajar anak yatim dan miskin yang kurang cemerlang  akademik mengikuti pembelajaran aliran agama (pondok dan tahfiz) agar kehidupan mereka terisi dengan aktiviti yang boleh membina insan yang bertaqwa, Insya Allah. Bagi pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran akademik, NUR IMAN berusaha membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak yatim yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agamanya. NUR IMAN berharap agar dengan usaha yang murni ini kehidupan anak yatim dan miskin yang terabai dari pengisian kerohanian dan akademik akan terbela.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN Business Information

Company Name

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Social Services / NGO

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Company Website

Company Social Media

social media

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN Company Address

Lot 20436, Kampung Kempadang, Jalan Sungai Soi, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia