Back
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS) banner company
jobs in Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS)

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS)

21-100 Employees · Education / Training

<10 Followers

2 Job Vacancies

About Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS)

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (DU051(K).

UniSHAMS yang ketika dahulu dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman sebelum dinaik taraf ke Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) pada 18 Mei 2006. Kerajaan negeri Kedah telah bersungguh-sungguh untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri ini yang bersesuaian dengan status sebuah negeri yang ulung dalam sejarah perkembangan ilmuan Islam suatu ketika dahulu.

Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu, bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Penubuhan Institut Islam Negeri Kedah Darul Aman ini juga demi mengembalikan semula tradisi pengajian Islam yang sebenar untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah memperkenankan Enakmen Jamiah Islam Negeri Kedah Darul Aman yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 7 Disember 1994 di bawah Enakmen Bilangan 4 Tahun 1995.

Dengan tertubuhnya, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ini, maka tercatatlah suatu sejarah baru bagi Negeri Kedah yang mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang tulen dan bertaraf Universiti. Ini adalah sangat bersesuaian bagi sebuah negeri yang mempunyai banyak pusat pengajian Islam sejak zaman berzaman lagi.

Antara tujuan utama penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ialah untuk mempertingkatkan mutu pengajian Islam dan bahasa Arab bagi menghasilkan generasi alim ulama, bijak pandai, intelektual dan para ilmuan yang berwibawa, berkemampuan, beriman dan menyahut keperluan hal ehwal Islam dari semasa ke semasa.

Pada peringkat awal penubuhan, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah menjalankan program pengajian berkembar peringkat Universiti dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menganugerahkan Ijazah, Diploma dan Sijil. Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman menubuhkan tiga jurusan iaitu, Jurusan Syariah, Jurusan Usuluddin dan Jurusan Bahasa Arab.

Tahun akademik bermula pada 2 Januari 1996. Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar, manakala bahasa Inggeris ialah matapelajaran wajib. Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman menggunakan sistem penggal bagi bersesuaian dengan sistem yang dijalankan di Universiti Al-Azhar. Bagi menjaga mutu akademik Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman, tenaga akademik dipilih dalam kalangan para ilmuan yang berwibawa berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setaraf dengannya.

UniSHAMS mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS) Business Information

Company Name

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS)

Company Type

Government

Company Size

21-100

Industry

Education / Training

Company SSM No

-

Job Vacancies

2

Got questions about working here? Let the employer answer!

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS) Company Address

Jalan Kuala Ketil, Baling, Kedah, Malaysia

Be the first to hear about new jobs at Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS)!

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS) Job Vacancies

Associate Professor of Medicine (Grade DU53) Full Time

MYR6,251 - MYR13,351 Per Month
Closing
3 Aug 2025

Senior Lecturer of Medicine (Grade DU51) Full Time

MYR5,862 - MYR12,492 Per Month
Closing
3 Aug 2025

People Also Asked About Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS)