Di dalam surat tawaran, dah nyatakan kena hantar notis 1 bulan tapi boleh ke berhenti 24 jam?
Saya bekerja di satu syarikat ini selama 1 tahun 5 bulan . Dalam offer letter telah dinyatakan yang sekiranya saya mahu resign saya perlu memberi notis 1 bulan. paling saya tak bole tahan saya dan pekerja baru belum menerima gaji bulan 1 dan 2, memandangkan syarikat saya bekerja ini ada hutang dengan pihak HQ dan kekurangan bajet utk mmbayar pekerja,pada bulan 3 pengurus kami mencadangkan pekerja sama ada restday tanpa gaji,setiap seorg 4 jam kerja ataupun setiap seorang 2 minggu kerja,saya memilih utk restday (tidak turun kerja). saya dan pekerja baru hanya menerima gaji rm 500 sahaja pada bulan 3 ini . saya nekad nak berhenti kerja serta merta. Soalan saya di sini, boleh tak kalau saya bagi notis 24 jam walaupun dalam offer letter telah dinyatakan yg saya kena bagi notis 1 bulan dan bagaimana gaji saya bulan 1 dan 2 jika saya beri notis 24 jam? mohon pencerahan terima kasih