Macam mana nak cari kerja kalau kita tak banyak skills dan work experiences? Ada ke yang nak terima kalau sekadar 'basic skills' je?
Saya teringin nak cari kerja lain selepas hampir 6 bulan kerja part-time. Sejak kerja part-time dekat tempat baru - rakan kerja yang bermasalah, saya tak rasa enjoy macam saya kerja jaga kedai dulu. Pada masa yang sama, saya memang tengah cari kerja lain. Tapi Macam mana nak cari kerja kalau kita tak banyak skills dan work experiences? Ada ke yang nak terima kalau sekadar 'basic skills' je? Saya pendiam, pemalu. Saya boleh kemas2 sebab memang kerja part time kemas homestay, roomstay. Saya suka menaip. Microsoft words, powerpoint tu basic je tahu, kalau excel tak pandai guna lagi. Kalau mohon kerja kerani, boleh ke apply kalau sekadar ini je yang pandai? Atau ada kerja-kerja lain yang saya boleh apply? Ada ternampak jobs dekat Linked in, pasal Appen. tapi saya tak tahu apa benda tu. Anyone tahu pasal Appen, tolong jelaskan ya :)