Zaharin bin Abu Bakar's avatar'
Zaharin bin Abu Bakar1 tahun yang lepasMauLuah

Mahu Ubah Kerja Dari Lapangan Ke Pejabat Disebabkan Faktor Kesihatan

Saya merupakan seorang yang punya pengalaman kerja selama 10 tahun sebagai seorang commissioning engineer (mechanical/piping) di sebuah syarikat pembinaan Kapal & Offshore Structure/Platform. Pada 2016 saya menghidap penyakit TB yang agak kronik menyebabkan saya terpaksa bercuti selama 6 bulan dan disebabkan itu juga keadaan kesihatan saya tidak seperti dahulu di mana prestatsi pernafasan saya telah merosot menyebabkan saya terpaksa mengurangkan aktiviti di lapangan. Pada 2017 pihak syarikat telah menawarkan saya dengan skim berhenti kerja berpampasan disebabkan saya tidak dapat mencapai KPI yang ditetapkan. Selepas daripada berhenti kerja, saya bersama isteri melakukan kerja-kerja sendiri iaitu membuat jualan secara online, namun setelah beberapa tahun ini saya merasakan perlu mencari kerja semula untuk menampung kehidupan, memandangkan jualan online yang agak merosot. Saya pernah hampir diterima bekerja di sebuah syarikat dengan position serupa dengan yang sebelum ini namun kemudiannya ditolak disebabkan keputusan ujian kesihatan yang tidak mencapai standard yang ditetapkan. Saya merasakan perlu untuk mengubah posisi dari bekerja di lapangan kepada kerja-kerja yang lebih berada di pejabat berdasarkan nasihat daripada doktor. Adakah peluang kerja untuk saya dengan latar belakang kerja saya yang sebelum ini?
1
M****** A*** B** U***'s avatar'
M****** A*** B** U***1 tahun yang lepas
Semoga dipermudahkn.
0