S************ P*** P***'s avatar'
S************ P*** P***2 tahun yang lepasConflict with Boss

Hello admin. Saya sedih dan nak share sikit. Saya pekerja kontrak dah lama. Dan saya takda slip gaji, epf dan socso.

Dalam tahun ini, gaji saya dari bulan February sampai September belum dibayar tapi hanya diberi advance(pendahuluan) saja tiap bulan dlam 1000-1500. Jumlah tunggakan gaji saya yang belum dibayar dalam 12k lebih. Wang simpanan saya pun telah habis diguna sepanjang gaji saya tidak dibayar. Saya nak cari pekerjaan lain tapi saya tidak mempunyai kenderaan. Wang simpanan yang disimpan untuk depo kenderaan pun dah habis. Ditambah pula pkp ni kerja tak menentu. Hari2 saya menagih gaji dari bos, tapi alasan bos sama saja tunggu claim masuk. Saya dapat tahu dari rakan sekerja yang lain, bahwa bos telah makan semua gaji kami. Saya sgt kecewa dan buntu tak tahu jak start bangun dari mana. Nak buat bisnes dari rumah modal pun tak ada. Ada isteri dan anak kecil yg nak ditanggung. Salah saya kerana terlalu mengharap kerja kontrak ni. Tolong jangan kecam ? sy tak tahu nak buat apa lagi. Boleh bagi cadangan apa perlu sy buat untuk memperbaiki diri.
0
Marni Jaffar's avatar'
Marni Jaffar2 tahun yang lepas
boleh lapor
0
hizwani ms's avatar'
hizwani ms2 tahun yang lepas
adakah anda menerima offer letter dari majikan sebelom memulakan kerja? jika ya dan gaji anda bawah 2k sebulan anda dilindungi oleh akta kerja 1955 dan boleh membuat aduan di pejabat buruh mengenai pembayaran gaji lewat dr majikan. t.k
0