Nak resign dari fnb sebab setiap hari shift full time 8pagi - 10 malam as a supervisor . Rehat 3 jam tapi kadang kadang tak rehat kerja sampai 10 malam sebab cust ramai ?.
Nak bagi surat resign sebab kena notice 1 bulan. Tapi asyik fikir je macam mana nak hadap dengan boss sebab saya sorang je lelaki yg jaga bahagian depan. Beli barang kedai saya yg beli. Budak dapur orang indonesia tak ade lesen. Nak cari pekerja susah ?. Sekarang pun kekurangan staff
. Penat sampai tak cukup tidur. Opening closing saya yg buat sorang. Bukanya tak bersyukur kerja situ tapi takkan setiap hari 8pagi ke 10 malam kerja kat situ.
Opening 730 pagi , closing kedai sampai 1030malam kerja hampir 15 jam sehari ? kerja dah 3 bulan.
Setiap hari serabut fikir macam mana nak bagi alasan berhenti dan nak hadap boss selepas bagi surat ??