A***** Z*****'s avatar'
A***** Z*****2 tahun yang lepasMauLuah

Saya fresh graduate dan saya dalam dilemma apabila hendak mencari kerja

Saya fresh graduate, baru sahaja habis pengajian pada tahun 2021. Parents saya mahu saya cari kerja tapi saya kena filter kerja saya melalui mereka. Mereka yang akan menilai sama ada saya boleh apply sesuatu pekerjaan atau tidak. Meraka mahu saya bekerja didalam bidang yang sama dengan mereka tetapi saya jenis yang tak kisah bidang apa, asalkan saya dapat gaji yang halal dan kerja yang saya selesa untuk buat (pekerjaan yang saya yakin saya boleh buat). Selain itu, saya sejujurnya masih ragu ragu dengan diri saya sendiri. Saya merupakan pemegang ijahah dalam bidang sains komputer tapi saya tidak yakin dengan ilmu komputer saya, saya takut jikalau saya pursue bidang ini, saya akan kecewa kan bukan sahaja diri saya tapi company yang saya bekerja. Walaupun banyak aktiviti dan jawatan saya pegang semasa belajar, saya masih rasa diri saya kurang dan perlukan tunjuk ajar dari orang, akan tetapi, saya merasakan jikalau saya perlukan tunjuk ajar, itu bermaksud saya belum cukup mampu untuk berdikari. Saya ingin mencari pekerjaan, tetapi pada masa yang sama terlalu banyak yang saya perlu consider sehingga saya rasa adalah lebih baik saya tak bekerja dan jaga makan minum adik adik dirumah seperti yang saya sedang lakukan, tetapi saya tidak akan ada duit poket dan akan mengharapkan duit dari ibu bapa saya. Memang ibu bapa saya tak pernah memaksa saya bekerja, tetapi pada masa yang sama berharap bahawa saya ada pekerjaan. Dan pada masa yang sama juga, ingin saya bekerja didalam bidang yang tertentu yang bagus menurut mereka.
7
A***'s avatar'
A***1 tahun yang lepas
Saya faham dilema graduan baru, pernah juga ada kat tempat awk dulu. Syarikat sebenarnya tahu graduan baru banyak kelemahan, tapi yang paling sesebuah syarikat tu cari ialah walaupun awak baru dan kurang pengalaman, adakah awak ada semangat dan usaha nak timba pengalaman di syarikat mereka. Contoh mcm saya sebagai seorg yg berpengalaman berhadapan dgn graduan ketika interview, yg kami cari ialah semangat nak bekerja, sifat ingin tahu, jenis rajin bertanya, dan bila dah faham sesuatu perkara baharu yang diajar akan berusaha untuk gunapakai sampai pakar, dari situ boleh kongsi idea bernas. Harap jgn putus asa, dan cuba utk cari pengalaman di mana-mana, tak kisah kerja apa pun, sebab dari pengalaman kerja tu awk belajar berhadapan masalah dan macam mana nak selesaikannya, yang mula dari bawah ni selalunya syarikat suka nak panggil interview. Selamat berjaya :)
6
R*** N***** S****** R*** M******'s avatar'
R*** N***** S****** R*** M******2 tahun yang lepas
Saya macam awak juga susah mencari kerja lagi2 musim covid. Tahun lepas lah sya susah sangat mencari kerja. Tapi kalau awak tak ada pengalaman kerja . Cuba try pnb atau program training kerja selama 6-8 bulan .
2