S**** G*** M*******'s avatar'
S**** G*** M*******2 tahun yang lepasMauLuah

MAJIKAN SUKA BUAT KEPUTUSAN LAST MINUTE DAN LEBIH PERCAYA MOTIVATOR DIBAYAR,BERBANDING STAFF YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA YANG LAMA.

Hai Selamat Sejahtera. Sy nak luah yang sy tak kuat dari segi emosi untuk bertahan dalam syarikat yg sy kerja sekarang. Pertama, offer letter diterima tapi setelah 8 bulan kerja, majikan nak amend. Katanya, nak ikut syarikat xxxx. Bila HR jelaskan yg setiap offer letter yg nak di amend, perlu ada persetujuan dua pihak. Ini kerana, di awal permulaan majikan telah berikan offer letter untuk dipersetujui oleh pekerja. Akhirnya, majikan ketepikan HR. Buat keputusan sendiri. Yg lebih perih, majikan sentiasa berfikir yg diorang betul. Dan kadangkala buat satu keputusan terburu-buru. Sy sendiri burn out dengan majikan yg berikan kerja out of scope. Dan bila sy respon, ini di luar bidang kerja sy, majikan akan mula mengungkit. Stress sangat. Dan yg lebih toxic, majikan tak dapat timbangkan atara profesional kerja dan peribadi. Ada seorang staff adalah kawan lama dan berkhidmat lama. Disebabkan itu, staff ni dapat special layanan. Kerja remote. Tiada progress. Microsoft lemah. Yg paling sakit jiwa suka buat perwatakan menjadi mangsa. Gaji almost 5-6k per month. Memang rasa sangat la tekanan tu. Nak cari kerja baru, agak susah. Sebab kebanyakkan majikan tak nak tengok pengalaman dan skill. Lebih pada personaliti atau sijil. Sedangkan yg fresh graduate atau ada sijil pun, kerja 5 tahun, masih tak tahu apa-apa. Skill pun zero. Sedihnya rasa....
0