DILEMA NAK BERHENTI KERJA ATAU BERTAHAN. DAPAT BOS TOKSIK DAN SELALU ATTACK ORANG BARU MACAM SAYA.
Saya nak berhenti kerja sebab bos toksik. Dia selalu attack orang baru macam saya. Alasan dia sebab nak bagi mental saya kuat. Saya bertambah stress lagi adalah dan saya memang tak minat dengan kerja saya yang sekarang ini. Saya nak berhenti tapi saya fikir komitmen dan masih tak dapat kerja lain lagi. Patut ke saya hantar surat berhenti walaupun kerja lain tak dapat? Setiap hari pergi kerja rasa nak berhenti walaupun dah cuba redha tapi masih tak boleh. Apa yang patut saya lakukan? Harap boleh berikan pendapat. Terima kasih.