M******* A** A**** B** A***********'s avatar'
M******* A** A**** B** A***********1 tahun yang lepasMauLuah

Gaji Minimum. Pihak syarikat ada mengeluarkan notis yang mengatakan yang gaji basic saya masih RM1200 dan ada penambahan RM300 sebagai elaun untuk mencukupkan RM1500.

Assalamualaikum, saya bekerja di sebuah kilang pembuatan. Pada baru baru ini kenaikkan gaji minimum yang diumumkan adalah RM1500. Gaji saya sebelum kerajaan umumkan itu, hanyalah RM1200. Selepas pengumuman tersebut, pihak syarikat ada mengeluarkan notis yang mengatakan yang gaji basic saya masih RM1200 dan ada penambahan RM300 sebagai elaun untuk mencukupkan RM1500. Saya nak tanya, adakah perkara ini salah ? dan tidak mengikut pengumuman yang di umumkan oleh kerajaan ? Jika salah bagaimana saya nak mengadukan perkara ini kepada Jabatan Tenaga Kerja ? Terima Kasih
4
M******* A**** B** M*****'s avatar'
M******* A**** B** M*****1 tahun yang lepas
ok la tu, minima dah tu..elaun apa ya dia bg?
0
T*** R*** B**** A** G***'s avatar'
T*** R*** B**** A** G***1 tahun yang lepas
Gaji minimum yang telah ditetapkan RM1500.00 tidak boleh ditambah atau dicukupkan dengan elaun2 lain. Ini melanggar Akta Gaji Minimum 2022. Jika ada bukti payslip dan juga notis yang telah dikeluarkan oleh majikan boleh terus ke Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan untuk membuat laporan. Sila bawak segala dokumen sebagai bukti. Perlu mengambil kira bahawa segala penolakan bagi Statutory Payment seperti EPF dan lain2 juga akan tidak selari. Anda juga wajib dibayar semula gaji yang berkurangan tadi.
15