R*** N***** S****** R*** M******'s avatar'
R*** N***** S****** R*** M******1 tahun yang lepasMauLuah

Adakah tindakan betul berhenti Kerja atau hold dulu sebelum cari kerja Baru.

Salam Admin maaf menggangu . Adakah tindakan saya btul berhenti kerja walaupun saya belum mencari kerja lagi. Saya berhenti kerja bukan suka-suka tetapi ada masalah Depress Manpwer tak cukup Penat dan sakit badan. Walaupun gaji oklah tapi kepenatan tak ada ot dan balik lewat je menyebabkan saya susah mencari kebahagian. Adakah tindakan saya betul?
2
M******* A*** F*** b** A***'s avatar'
M******* A*** F*** b** A***1 tahun yang lepas
Kalau masih bekerja, bertahan dahulu, dan dalam masa sama cuba cari kerja kosong yang lain. Tapi kalau terpaksa berhenti & memang berkaitan kesihatan, sebaiknya ada back up plan - Ada simpanan sementara e.g. 6 bulan gaji
0
Akhbar bin Zakaria's avatar'
Akhbar bin Zakaria1 tahun yang lepas
Tak ada masalah ini adalah kehidupan anda. Mungkin anda memerlukan sedikit masa untuk rehat. Namun lepas tu boleh terus cari kerja insyaAllah selagi hidup berusaha ada rezeki
0
Florence Andan Jefferson's avatar'
Florence Andan Jefferson1 tahun yang lepas
Pendapat saya, cari kerja dulu barulah berhenti. Ada orang bila berhenti, seminggu atau sebulan selepas itu dah dapat kerja. Ada orang pula bertahun² tunggu. Jalan kita tak sama. Jadi, lebih selamat kalau cari dulu kerja, bila dah pasti barulah berhenti.
0
Ikhmal Kusnedy's avatar'
Ikhmal Kusnedy1 tahun yang lepas
saya dah 2 bulan cari tk dpt2 lg keje....walaupun pengalaman dah 4 tahun dlm bidang retail dan degree....byk company skrg xmau bg gaji tinggi lg dah ...huhu
4
Nornasrah binti Mansor's avatar'
Nornasrah binti Mansor1 tahun yang lepas
Boleh je. Sementara tgh notis tu cari kerja betul2. Apply banyak2. Rezeki tak pernah salah alamat. InshaAllah good luck
6