M****** Z** I******* B** T***** T**** *'s avatar'
M****** Z** I******* B** T***** T**** *1 tahun yang lepasMauLuah

Aku dah bekerja di dalam bidang pengurusan dan latihan lebih 6 tahun. Tapi ini kali pertama aku mendapat Majikan yang cemburu dengan pekerjanya sendiri dan memilih untuk memburukkan pengurus.

Sudah masuk tahun ke-4 aku bekerja di tempat sekarang bermula dengan penyelia sehingga menjadi pengurus. Aku seorang yg easy going dan staff mudah selesa dengan cara aku, mungkin kerana cara aku berkomunikasi. Ramai dah pengurus sebelum aku berhenti, tak ramai yang bertahan paling lama 7 bulan. Setakat ini aku yang paling lama bertahan. Cumanya isu di syarikat aku, bos suka "micromanage" dan seakan-akan cemburu dengan hubungan aku dan staff. Masuk tahun ke-4 ini makin aku sedar yang bos aku sangat toxic, selama ini aku cuba untuk bersangka baik tetapi tidak lagi. Aku disalahkan diatas setiap perkara yang berlaku dan dia telah memburukkan aku kepada staf. (perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh Majikan) Sekarang aku memilih untuk berhenti kerja, aku fikir setiap kerja aku ini tidak lagi dihargai. Ya, aku agak sedih kerana aku sangat sayangkan tugas aku tetapi ini merupakan satu pengalaman untuk mematangkan aku.
1
H**** C******'s avatar'
H**** C******1 tahun yang lepas
bersabar je la. banyak orang macam macam ragam. dapat pula perangai tu jatuh kat boss kita. haihhh bertabah je la mampu
1