Z*** F****'s avatar'
Z*** F****1 tahun yang lepasMauLuah

Seorang 'Fresh Graduates' yang pertama kali menghadiri temuduga kerja dalam bidang. Saya difahamkan bahawa firma pemaju p××u××h×× memerlukan seorang penolong pegawai sekian" .

Kejadian baru berlaku 2 minggu lepas. So saya pun hantarlah resume latest saya kepada HR firma tersebut. Pada hari itu juga saya dapat mesej untuk di'interview' keesokan harinya. Ya la kan, nak pakai pekerja cepat la tu. Saya pun pergi la 'interview' pada hari berkenaan. Dengan 3 orang panel dan salah satunya boss yang berpangkat D×××. Lepas beberapa sesi soalan pertanyaan, masuklah ke perbincangan gaji. Saya sebagai 'fresh Graduates' bukannya nak mengharapkan gaji permulaan yang tinggi, ya la kan tak dak pengalaman lagi. It okay kalau bermula dari bawah. Gaji yang ditawarkan bermula RM1000 selama tempoh 6 bulan percubaan dan selepas itu akan dinaikkan kepada RM1200. Dan dengan lajunya boss cakap jikalau ada OT, firma takkan membayar tapi mungkin akan dibayar dalam bentuk bonus akhir tahun. So dalam hati masa tu memang hancur. Tapi muka kena cover lah kan, hahaha. Saya beri masa 4 hari untuk bagi jawapan terima kerja tersebut. Lepas pada tu, bincang punya bincang dengan parents, mmg parents tak bagi kerja sebab tu memang satu penganiayaan. So, pada hari keempat saya pun tolak lah tawaran tersebut. Kesimpulannya dari cerita saya ni, kami sebagai 'fresh graduates' bukanlah nak demand gaji yang tinggi melangit. Kalau permulaan orang kata RM1800, tapi bagi saya gaji basic yang sekarang ni RM1600 pun dah memadai bagi saya. Kami sedar kami bukannya ada pengalaman yang gah. Tapi kami cuma mahu digajikan dengan jumlah yang BERBALOI dan dihargai syarikat. Sekian terima kasih admin.
0