J*** F********** B** S********'s avatar'
J*** F********** B** S********2 tahun yang lepasMauLuah

Kisah realiti aku. aku orang kampung dan perlu tanggung adik beradik aku.

Aku orang kampung, mak abah aku dah tak kerja. Adik adik masih sekolah. So disebab kan aku ni anak sulung, aku terpaksa la bantu sedikit untuk menyara keluarga aku dengan adik aku yang masih sekolah. Nak dijadikan cerita, aku cuba lah cari kerja area kl. Aku rasa semua orang macam ni kot, lari dari kampung pergi kl sebab kat kl lagi banyak peluang pekerjaan. So bila dah dapat kerja dekat kl tu okay lah gaji cukup makan, boleh sara family aku dekat kampung. Tapi tulah bila start covid ni haritu. Aku rasa dekat setahun gaji aku kene potong. Tapi aku still lah hantar duit kat kampung cumanya, aku dekat kl ni dah macam orang miskin. Makan sehari sekali, budget makan sehari 5 ringgit je. Kadang aku tak makan sebab nak jimat. Dengan adik aku yang masih sekolah tu kene belajar dari rumah, nak kene ada handfon lagi. Terpaksa la aku belikan. Sebab yelah. Kalau takde handfon macam mana nak belajar online. Aku nak luah benda ni sebab aku rasa, sebab aku rasa stress sangat. Aku jeles tengok kawan kawan offficemate aku yang ada parents masih boleh bantu. Aku ni, entahlah. Sampai bila aku boleh bertahan. Aku kuatkan diri sebab family aku perlukan aku je. Biar la hidup berlapar macam nj asalkan family aku dekat kampung dapat makan.
3
Siti  Raihanah Binti Sabri's avatar'
Siti Raihanah Binti Sabri2 tahun yang lepas
kesian awak. bersabar ye..semoga Allah sentiasa murahkan rezeki awak dan balas hasil titik peluh awk utk keluarga dgn ganjaran syurga kelak.. saya dulu pun bekerja, gaji cukup2 makan je, bagi duit utk belanja mak lebih dari keperluan saya. saya berjimat cermat utk diri sendiri.
0
N** A***** A******* B**** A*****'s avatar'
N** A***** A******* B**** A*****2 tahun yang lepas
sabar ye..semoga awak trus kuat..semoga satu hari rezeki awk bertambah berlipat kali ganda setanding dgan pengorbanan y awk buat demi family.
0