Hye, saya nak meluah sikit pasal masalah gaji di tempat kerja saya. Akibat PKP pada bulan Mac dan April yg lepas, company telah mengubah waktu kerja dari 8jam ke 6jam dan memberi UPL kpd pekerja.
Gaji dikira berdasarkn jam kerja dan setiap UPL gaji akan dipotong sehari. Gaji bersih saya dan pekerja lain pada tiap bulan hnya RM600-700 shja sehingga sekarang. Saya ada mengadu kpd org atasan tetapi mereka memberi alasan akibat PKP dan sales kedai berkurang.
Wajarkah alasan tersebut walhal PKP sudah pun dilonggarkan sekarang dan sales kedai pun masih okay? Patutkah sy membuat aduan kpd Pejabat Buruh?