M******* A**** B** A****'s avatar'
M******* A**** B** A****2 tahun yang lepasMauLuah

Apa patut bila boss buat kita stress? Mau report dengan siapa?

Saya dah kerja di Syarikat tersebut dah dekat 3 tahun. Tapi bos tidak percaya dan menghargai kan kita walaupun kita buat kerja dengan jujur. Bila kita perform bos langsung tidak meghargai, bila kita drop performance baru nak trigger. Bos selalu tanya soalan bukan2 yang tidak masuk akal. Seperti selalu compare dengan orang yg lagi banyak pengalaman. Lepastu naikkan AHT mengikut suka hati mereka, sedangkan orang lama pun tidak boleh capai. Kerja saya memerlukan kecepatan, tetapi mereka set target yg mengarut seperti 180s, sedangkan kerja saya banyak multiline dan susah agak tidak munasabah menetapkan 180s tersebut. Lagipun saya adalah diantara staff yg mecapai Quality kerja yg terbaik, iaitu 8 kali Quality atas 98% dari bulan 1 hingga october. Nak tukar kerja, tapi xde panggilan. Even nak naik pangkat, orang yg penjilat baru boleh naik. kalau kita bagi cadangan untuk improve kan management tidak di naikkan sama sekali. Saya agak tertekan kalau sentiasa kene macam ni. Boleh bagi solution apa yang saya patut buat? terima kasih
1
Putra Saidina Ikmal Bin Zuel Hasnan's avatar'
Putra Saidina Ikmal Bin Zuel Hasnan2 tahun yang lepas
Tak stress tak berjaya kak. Percaya lah
0
N****** M*******'s avatar'
N****** M*******2 tahun yang lepas
diam je
1