A*** A****'s avatar'
A*** A****3 tahun yang lepasOther Career Advice

Idola yang salah.

Hi min.. saya nak luah.. saya ada abang, abang saya ni baru je habis belajar. Boleh cakap, saya ni mmg pandang tinggi dekat abang saya. sebab yela, dekan setiap semester, lepas tu jadi presiden club, pandai sukan. kira dia power gila, tambah lagi kitaorang beza dua tahun, satu U pulak tu. tapi bila saya tengok abang saya macam susah nak cari kerja, saya jadi pelik. I mean CGPA dia elok gila kot. and then dia ada jugak dapat offer sambung Master, tapi dia tak nak katanya. Nak cari kerja tapi ni dah nak setahun lebih dah, masih tak kerja duduk je kat rumah tu, tak buat apa pun. Kadang kadang tu, dia suka gila buat bising especially time saya tengah ada online classes. eeee, stress betul la saya. Bukan saya tak tanya, saya tanya je kenapa abang tak nak kerja tapi dia kata tak ada kerja yang sesuai. so min, kadang kadang I tertanya, Malaysia ni tak ada kerja sangat ke sebab PKP ni? atau pun abang saya ni terlebih memilih. Interview, ada la 3-4 kali dia pergi, and saya pernah je ternampak dekat gmail dia dapat offer, tapi dia cakap kerja tu tak best, tak sesuai dengan standard dia. in the end saya tengok abang saya tu jadi malas, badan dah berisi, orang kata dah tak handsome la macam dulu. lepas tu otak dia tak cekap macam dulu jugak.. tanya soalan ke apa, jawab lambat jeeee. hmmm.. Saya tak boleh deny la nak cakap family saya ni senang, tapi bila tengok abang saya ni, rasa menyesal pulak idolize dia waktu belajar dulu. haih. Niat saya bukan nak mengadu, cuma saya rasa nak cakap something, untuk sesiapa yang malas nak cari kerja tu, cari la kerja. kerja biasa biasa pun jadi lah. tengok dunia luar. Jangan jadi macam abang saya.
1
I** N** '****** B* B********'s avatar'
I** N** '****** B* B********3 tahun yang lepas
TRUEE
0
Nurul Haris's avatar'
Nurul Haris3 tahun yang lepas
pastu
0