Mohd Yusni Mohd Musa's avatar'
Mohd Yusni Mohd Musa2 tahun yang lepasOther Job Search Problems

Mengapa sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang lain daripada skill yang sedia ada?

Saya berumur 41 tahun dan mempunyai pengalaman bekerja selama 22 tahun di dalam industri perbankan. Saya ingin mencari pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan bank sejak dari bulan Nov 2020 tetapi tiada satu yang berjaya. Adakah kerana gaji bulanan saya yang tinggi menyebabkan banyak syarikat tidak berminat dengan pengalaman bekerja saya selama 22 tahun. Saya ingin mencuba bidang kerja yang baharu selain daripada perbankan dan audit. Peluang kerja baharu dalam industri yang berlainan adalah perlu bagi saya kini bagi menaikkan semula semangat bekerja saya dan mengelak daripada rasa tepu serta jemu. Saya perlukan pembaharuan dan perlu berhijrah bidang kerja.
0