Back to Forum

Other Workplace Issue 90 views • 2 answer

Kerja kilang selalu dipandang serong.

okay, aku sama je macam geng semalam tak sambung belajar, sampai PMR jugak tapi dia kerja macam macam kan? aku pulak lain. kerja kilang je min. okay la dari tak ada kan? kerja tu memang berat la, angkat angkat barang semua tapi aku seronok. sebab aku ramai kenal orang. Kira aku dengan bangla bangla kat situ dah ngam teruk. tapi itulah, orang lain pandang serong dekat family aku min. Diaorang kata mak bapak aku ni abaikan aku, sebab tak kisah aku tak sambung belajar. kira standard low la macam tu. aku kan, kalau kutuk aku, aku cam boleh terima lagi la min, kutuk mak bapak aku ni, aku pantang sikit. so apa aku buat min, memang aku kerja betul betul. tak main main. Aku continue kerja lebih kurang 5 tahun macam tu, sekarang aku dah naik jadi supervisor dah. haa, yang anak anak makcik kutuk mak bapak aku pun mintak kerja kat aku. so tu je aku nak pesan, tak semesti kita kat bawah, sampai bila bila kat bawah. asal kau ada usaha, confirm boleh naik. okay tu je min. Thank you sebab baca.


Answers

Can you answer this question ?

People are looking the best Answer for this question

Asked by :

A*** A****
1 bulan yang lepas