M**** F**** '*** B**** M*****'s avatar'
M**** F**** '*** B**** M*****2 tahun yang lepasResignation Concerns

Boss suruh bagi notis 24 Jam sedangkan dia yang tak nak sambung kontrak.

Kawan saya baru kerja selama 2 bulan, dia masih under probation. Tiba2 pada 25hb boss call suruh kawan saya letak surat berhenti 24jam sebab dia taknak sambung kontrak dah (syarikat tiada bagi surat tunjuk sebab). Dan sekarang boss dia nak tahan gaji kawan saya sebab kawan saya tak letak notis 24jam. Bukan ke sepatutnya syarikat yang harus keluarkan notis berhenti tersebut. Dalam offer letter tulis kalau nak berhenti kene 1 bulan notis. Macam mana ya?
0
Khadijah Binti Kasiran's avatar'
Khadijah Binti Kasiran1 tahun yang lepas
Pada saya kita manipulate balik apa yang dia hendak. Bagitau nak berhenti kerja je. jgn mention 24 jam. Contoh merujuk kepada letter tuan/puan bertarikh XX/XX/XXXX. Memaklumkan bahawa saya perlu memberi notis selama 1 bulan atau jika tidak saya akan di minta membayar ganti rugi sebanyak 1 bulan gaji. Dengan itu, tarikh terakhir saya adalah pada XX.XX.XXXX. Jikalau pihak tuan/puan meminta saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti kerja atau bekerja atau meminta saya berhenti awal dari tarikh notis, mengikut akta saya masih layak untuk mendapatkan gaji saya sehingga tempoh notis tamat.
1
S****** b** F*********'s avatar'
S****** b** F*********1 tahun yang lepas
Hahaha....actually company xnak bayar pampasan klu company yg beri notis kepada pekerja..tu je...sbb itu le boss akn desak pekerja hantar surat atau notis berhenti sendiri kerana ia dikira berhenti secara sukarela..so,x layak utk sebarang tuntutan pampasan diberhentikan kerja...JIKA SYARIKAT YG BERHENTIKAN PEKERJA BESERTA NOTIS,BERMAKNA PEKERJA TERSEBUT BOLEH BUAT TUNTUTAN PEMBERHENTIAN KERJA DARI PIHAK SYARIKAT...juga ada formula pengiraan wang tuntutan dibawah akta...sebagai pekerja,sila study akta pekerja sampai khatam ya supaya anda tidak tertindas oleh majikan......
0
NUR SYUHADA IZATI BINTI KHAIRUDIN's avatar'
NUR SYUHADA IZATI BINTI KHAIRUDIN1 tahun yang lepas
Saya pun tidak arif bekenaan dengan hal ini tapi Disebabkan kawan awak masih under prob, company berhak untuk berhentikan kawan awak kalau prestasi tidak memberangsangkan. berkenaan dalam offer letter itu kalau pekerja nak resign harus submitted notice sebulan tertakluk pada offer letter, ada company yang letakkan syarat sebulan notice dan ada juga 14 hari notice. Kalau under prob dan majikan minta notice 24jam hendaklah dituruti.
1