jobs in DobiQueen

Pengurus Runcit

MYR2,700 - MYR3,000 Per Month

Shah Alam, Selangor and +2 other locations

Respons Segera

Kurang dari 20 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!

Posted 3 days ago • Closing 3 Sep 2024

Kurang dari 20 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!

Kelayakan

Jika anda seseorang yang sentiasa inginkan cabaran tanpa henti, diperkayakan dengan hasil pencapaian yang maksimum dan didorong dengan usaha yang menguntungkan, mungkin anda adalah calon yang kami cari untuk menyertai pasukan dinamik kami yang sangat komited terhadap kejayaan jangka panjang.

Di sini, perkembangan diri dan kerjaya bukanlah sekadar kata-kata, ia merupakan benih DNA di kalangan kami. Kami sangat berdedikasi dalam memupuk dan memelihara bakat, memberi peluang dan memupuk perkembangan peribadi dan profesional setiap masa.

  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam perniagaan runcit
  • Berintegriti
  • Mesra pelanggan
  • Berkepimpinan
  • Sangat teliti dalam menghasilkan laporan tugasan

Tanggungjawab

  • Mempunyai daya kempimpinan yang tinggi untuk memimpin, meningkatkan prestasi, memotivasi dan mengurus ahli pasukan dalam memberi perkhidmatan DobiQueen yang terbaik kepada pelanggan.
  • Memastikan pematuhan segala piawaian operasi termasuk kualiti servis, perkhidmatan pelanggan, penjualan dan kawalan operasi dalaman.
  • Meningkatkan prestasi cawangan melalui peningkatan jualan, penilaian dan pengawalan perbelanjaan serta mengambil kira kos penjimatan.
  • Bertanggungjawab dalam merancang tenaga kerja dan pengambilan pekerja, mengenal pasti latihan yang diperlukan untuk ahli pasukan, mampu melatih dan membimbing ahli pasukan dari segi matlamat dan sasaran jualan mingguan, pengurusan kedai am, operasi sistematik, dan perkhidmatan pelanggan.
  • Menyelia dan menilai prestasi Outlet Supervisor dari aspek kebersihan cawangan, menjana jualan dan memastikan pengalaman pelanggan yang positif.
  • Menyemak dan memastikan laporan harian / mingguan / bulanan adalah lengkap, tepat dan dihantar pada waktu yang ditetapkan.
  • Melaksanakan serta memastikan keberkesanan pengurusan pentadbiran cawangan, kawalan stok dan keselamatan.
  • Memastikan keberkesanan operasi merentasi semua fungsi persekitaran outlet bersama dengan pematuhan polisi dan prosedur kedai.
  • Merancang dan mengurus pemasaran di cawangan serta melaksanakan kempen pemasaran serta berkomunikasi dengan pegawai pemasaran dan HQ untuk memastikan Point of Sales Materials dihantar ke outlet dan dipamerkan tepat pada masanya.
  • Melaksanakan semakan tahap paras token di cawangan, laporan CDM secara keseluruhan dan bertanggungjawab menyediakan jadual kutipan jualan dan pembersihan harian untuk keseluruhan kumpulan operasi di outlet.
  • Mengendalikan dan bertindak balas terhadap aduan pelanggan apabila diperlukan.

Manfaat

Jika anda seseorang yang sentiasa inginkan cabaran tanpa henti, diperkayakan dengan hasil pencapaian yang maksimum dan didorong dengan usaha yang menguntungkan, sertailah pasukan kami yang amat komited terhadap kejayaan jangka panjang. Perkembangan diri dan kerjaya adalah DNA kami!

  • Kemudahan/ kelebihan
  • Cuti Tahunan (8 hari)
  • Bonus enam bulan sekali sekiranya capai KPI
  • Pihak syarikat akan menyediakan pakaian seragam (Uniform) kepada pekerja sebanyak 3 helai.
  • EPF & SOCSO
  • Tuntutan perubatan (dari institusi kerajaan sahaja)
  • Komisyen untuk setiap barang yang berjaya dijual seperti laundry bag, mesh bag, coin purse dan sebagainya
  • Servis basuh baju percuma

 

Waktu Bekerja

 

  • Waktu bekerja: 9:00 pagi – 06:00 petang
  • Bekerja 6 hari seminggu & cuti pada hari Sabtu / Ahad
  • Rehat 1.5 jam
  • Sebarang pertukaran waktu bekerja adalah atas budi bicara Pihak Syarikat.
  • Kerja lebih masa (OT) hanya perlu sekiranya diberitahu oleh pihak atasan.

 

Kemahiran

leadership multitask Manage Outlet Operations Daily Operation Management Customer Service Team Management Communication Skill
scam job notice

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report This Job ad.

Learn More

Mengenai Syarikat

jobs in DobiQueen

DobiQueen DobiQueen is top company

Runcit / Barangan

Mengenai Syarikat

jobs in DobiQueen

DobiQueen DobiQueen is top company

Runcit / Barangan