jobs in Pusat Pendidikan Berterusan UM

Eksekutif Pemasaran & Pengurusan Kursus

Pusat Pendidikan Berterusan UM

RM1,960 - RM5,459 Per Month

Sepenuh Masa, Kerja Dari Rumah

Cyberjaya, Selangor

Jadilah pemohon terawal!

Posted 8 days ago • Closing 2 Jun 2023

Jadilah pemohon terawal!

Jawatan ini telah ditutup.

Jawatan ini ditutup kerana majikan telah berhenti mengambil permohonan baru bagi jawatan ini.
Anda boleh menyemak laman syarikat ini untuk melihat jawatan yang masih dibuka, atau cari pekerjaan yang sepadan.

Semak Laman Syarikat

Kelayakan

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Perniagaan/Pemasaran/Pemasaran Digital atau bidang-bidang lain yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari dua (2) tahun dalam bidang pemasaran, pentadbiran serta pengurusan program akademik dan latihan.
  • Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu.
  • Berpengalaman bekerja di institusi pengajian tinggi (awam/swasta).
  • Berpengalaman dalam memasar dan menguruskan program latihan, kursus jangka pendek, seminar dan acara.
  • Berkebolehan melaksanakan tugas pelbagai (multi-tasking) serta memenuhi jadual kerja yang ditetapkan.
  • Berkebolehan bekerja dalam pasukan dengan pengawasan minimum.
  • Berpengalaman dalam menjalankan kajian pasaran.

Tanggungjawab

  • Merangka dan merancang kursus baharu bersama tenaga pengajar/ moderator/ jurulatih (trainers)/konsultan yang berkelayakan bagi penawaran kursus-kursus baharu.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pemasaran dan promosi bagi setiap kursus-kursus baharu yang ditawarkan.
  • Mengenal pasti dan mengadakan perbincangan bersama organisasi yang berpotensi serta membuat lawatan korporat setiap bulan.
  • Menguruskan urusan permohonan, tawaran kemasukan dan pendaftaran kursus termasuk urusan kemasukan pelajar asing mengikut peraturan dan garis panduan semasa yang ditetapkan.
  • Menyelaraskan penawaran kursus Micro-Credential (MC) yang meliputi pengenalpastian tenaga pengajar bagi tujuan penawaran kursus MC dan penyelarasan aktiviti penawaran kursus MC melalui laman web dan platform e-pembelajaran yang disediakan.
  • Menyelaraskan pembangunan dan penawaran kursus Course Buffet (CB) yang meliputi penyelarasan penyediaan maklumat dan pakej-pakej kursus CB (kategori & yuran) serta penawaran dan pendaftaran peserta kursus CB pada setiap semester.
  • Memastikan penyediaan laporan aktiviti pemasaran dan promosi bagi setiap kursus yang ditawarkan.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Tarikh tutup: 5 April 2023

Manfaat

  • KWSP
  • PERKESO
  • Skim perubatan (rawatan pesakit luar/dalam)
  • Bonus tahunan (tertakluk kepada keuntungan)

Soal Jawab Jawatan

Tanya soalan dan majikan akan menjawab tentang jawatan ini
scam job notice

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report This Job ad.

Learn More

Mengenai Syarikat

jobs in Pusat Pendidikan Berterusan UM

Pusat Pendidikan Berterusan UM

Advertising / Marketing

Lihat Syarikat ▶

Mengenai Syarikat

jobs in Pusat Pendidikan Berterusan UM

Pusat Pendidikan Berterusan UM

Advertising / Marketing

Lihat Syarikat ▶