5.8 juta rakyat malaysia mempunyai simpanan KWSP bawah 10 ribu
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5.8 juta rakyat malaysia mempunyai simpanan KWSP bawah 10 ribu

post by MJ

by MJ

Nov 8, 2021
at 1:55 PM

Hampir separuh rakyat Malaysia yang mencarum KWSP kini mempunyai baki kurang dari 10 ribu. Angka ini agak merisaukan akibat ini adalah duit simpanan apabila kita bersara nanti. 

Antara punca ketara dan utama kekurangan wang simpanan di dalam KWSP sudah pastinya daripada pengeluaran sebelum ini seperti i-Lestari yang boleh mengeluarkan sehingga RM3,000, i Sinar RM10,000 dan i-Citra RM10,000. So kebanyakan pekerja yang telah bekerja 3-5 tahun sekiranya mereka mengeluarkan kesemua wang ini pastinya baki simpanan mereka akan tinggal kurang dari RM10,000. 

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus kepada 27 peratus susulan pengeluaran dibuat bagi menampung pendapatan semasa krisis itu.

"Strategi utama KWSP di masa hadapan ialah memastikan pekerja gig serta mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal untuk diserap ke Skim KWSP agar mereka juga berpeluang menabung seawal mungkin dan merancang persaraan.”

"Penyelesaian jangka masa panjang amat diperlukan bagi memastikan perlindungan sosial yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia," katanya.