Taktik Baru Scam! Gunakan Kad Kahwin Digital Untuk Curi Duit Warga Emas !
# Trending Semasa # Others

Taktik Baru Scam! Gunakan Kad Kahwin Digital Untuk Curi Duit Warga Emas !

post by AzSyuk

by AzSyuk

Jun 18, 2023
at 10:10 AM

Taktik Baru Scam! Gunakan Kad Kahwin Digital Untuk Curi Duit Warga Emas !


Baru baru ini viral dimana satu taktik penipuan "scam" baru telah muncul, yang boleh dikatakan bahaya kepada warga emas dengan mengelirukan mereka sehingga kehilangan wang melalui kad jemputan perkahwinan digital yang dihantar melalui fail APK (Kit Pakej Android). Penipuan ini telah menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Biro Teknologi Komuniti Sumber Terbuka Malaysia, Harisfazillah Jamel, golongan warga emas menjadi sasaran kerana mereka memiliki banyak wang hasil dari EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan pencen.

"Isu utamanya di sini adalah kesedaran. Kita perlu memberikan kesedaran kepada mereka dalam hal pemahaman teknologi dan penggunaan telefon pintar," kata Harisfazillah dalam temubual dengan Buletin TV3.

Beliau juga mengakui kebimbangan anak-anak  yang risau bahawa ibu bapa mereka mungkin masih memuat turun fail APK walaupun telah diberi amaran berkali-kali.

Oleh itu, terdapat dua cara teknikal, sama ada secara manual atau automatik, untuk mengatasi masalah ini dengan mengimbas perisian hasad melalui Google Play.

 

 

1.0 Prosedur Imbasan Perisian Hasad secara Manual:

Buka apl Applikasi Google Play.

Klik ikon profil yang terletak di bahagian atas kanan skrin.

Klik "Play Protect."

Klik "Imbas" untuk memulakan proses pengimbasan.

Google Play akan mengimbas peranti untuk mencari sebarang perisian berbahaya (malware). Jika terdapat perisian yang mencurigakan, Google Play akan menghapuskannya dari peranti mudah alih anda.

 

2.0 Prosedur Imbasan Perisian Hasad secara Automatik:

Buka apl Applikasi Google Play.

Klik ikon profil yang terletak di bahagian atas kanan skrin.

Klik "Play Protect."

Klik "Tetapan."

Klik "Imbas perisian dengan Play Protect."

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, aplikasi di peranti anda akan diimbas secara automatik untuk mengesan sebarang ancaman yang mungkin ada.

Penting untuk mendidik orang ramai, terutamanya warga emas, mengenai pentingnya untuk tidak memuat turun fail APK daripada sumber selain Google Play, App Store, atau Huawei App Gallery. Peningkatan kesedaran dan pemberian panduan mengenai amalan teknologi yang selamat dapat membantu melindungi individu daripada menjadi mangsa penipuan seperti ini.

Selain itu, disyorkan agar anak-anak untuk bantu ibu bapa mereka yang berusia dengan menekankan risiko yang mungkin terlibat dengan platform digital yang tidak dikenali dan menggalakkan mereka untuk mencari bantuan jika berhadapan dengan permintaan atau jemputan yang mencurigakan.